Assalamualaikum..
Tak sangka sebuah drama yang bermula telah menjumpai pintu untuknya beredar pulang. Matanya melirik, melihat perjalanan kehidupan yang senantiasa beralih, bergerak melepasi setiap cabaran dengan penuh kepayahan.. dengan penuh kesabaran sehingga tiada lagi dirasakan episod-episod yang mendatang... Namun, sebgai hamba ALLAH, dan cita-cita untuk bertemu dan menjadi seorang kekasih kepada baginda SAW, ikatan dan pertalian persahabatan dan kasih sayang tidak ingin dimusnahkan, bunga-bunga kesabaran juga tetap menjadi pilihan, meskipun perit untuk mendapatkannya dan tidak memiliki apa-apa yang menarik dalam ciri-cirinya...
Apakah yang akan jadi selepas ini? Kehidupan tetap diteruskan... Air mata yang jatuh ini tak dapat dikembalikan ke tempat asalnya. Bukan menjadi sebuah simbol kekesalan, namun ia menjadi benteng untukku teruskan dengan kesabaran dan ketabahan yang dimiliki... Hati tidak pernah cair, dan akan tetap pejal sehingga ALLAH ingin ia menjadi demikian... Lidahku tidak menyebut mengnenai mereka, namun doaku tetap mengiringi hidup mereka, selama-lamanya, atau sehingga aku meninggalkan dunia yang serba kesusahan ini, mana-mana yang tiba dulu...