
Ertinya bulatan
Juga dikenali sebagai usrah, yang membawa maksud keluarga.
Kalimah ini lebih menusuk kerana menyebabkan pendengarnya merasai keakraban yang mendalam malah terasa lebih akrab dari hubungan keluarga.
Juga dikenali sebagai smartgroup, study circle dan sebagainya.
Ia merupakan ikatan hati-hati indiviidu muslim yang beriman kepada ALLAH dan berusaha tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam.
Contoh halaqah yang terbaik sepanjang zaman adalah halaqah rasulullah S.A.W. ketika di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.
Baginda berjaya membentuk halaqah yang telah mendidik hati para anggota menjadi manusia yang taat kepada ALLAH, berhubung langsung dengan Al-Quran, berqudwahkan Utusan ALLAH, beriltizam dengan akhlak Al-Quran, berfikir dan bertindak selari dengan petunjuk ALLAH, bermuzalamah dengan Al-Quran dan As-Sunnah Junjungan, ikhlas dalam beramal dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..