Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Saturday, July 23, 2011

Mulanya Proses Tarbiyah

Bismillahir rahmanir rahim. Alhamdulillah kerana ALLAH terus memberiku sebuah kehidupan yang diulit dengan keimana walaupun imanku hanyalah sebesar debu jika dibandingkan dengan iman para rasul, para anbiya', para sahabt, para tabi'en, para tabi' tabi'en, para ulama' yang sentiasa cuba menegakkan kalimah LAILAHAILALLAH. Salam dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Telah bermulanya proses tarbiyahku, dengan mengutus setiap seorang sepucuk surat kepada 7 orang pelajar tingkatan 1, dan menjadikan mereka sebagai adik angkatku sebagai langkah yang pertama.
Sememangnya saya dah faham apa erti mendidik dan mengajar. Proses tarbiyah ini sememangnya memerlukan banyak kesabaran dan ketaqwaan kepada ALLAH. Hampir-hampir tembok kesabaran yang dibina selama ini runtuh dek rintangan dan halangan yang terlalu banyak. Alhamdulillah, dengan kesedaran yang ada, terdapat sedikit kesabaran yang masih membantu saya untuk meneruskannya.

Berikut adalah adik-adik angkatku yang menjadi tempatku curahkan ilmu, menjadi tempatku mencurahkan kasih sayang dan tempatku mengamalkan segala yang telah diajar, insyaALLAH dan ku perlukan segala bantuan terutamanya Penciptaku, Rabbil 'alamin.
1. Megat Aiman Amieny bin Megat Zahiran
2. Mat Awi biin Che Deraman
3. Muhammad Farhan bin Muhammad Shaman
4. Wan Ahmad Amin Noor bin Wan Bustamam
5. Muhammad Ubaidillah bin Amran
6. Nik Ahmad Rusydan bin Nik Ideris
7 Mohamad Rohaizad bin Kamaruzzaman

Merekalah telaga pahalaku. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment

Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..

Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."