
Bismillahir rahmanir rahim.
Kembalinya diriku yang hina ini untuk menyambung adegan kehidupanku.
Bulan Ramadhan datang menjelma semula setelah setahun dinanti-nantikan. Tahun ini adalah tahun terakhir ku di sekolah ku.
Semestinya Bulan al- mubarak ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ibadah. Ibadah fardhu ditunaikan dengan penuh kesungguhan. Ibadah sunat ditunaikan dengan penuh semangat. Inikah yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai berkat ALLAH merantai syaitan? Wallahu a'lam.
Ingin saya perdengarkan sebuah hadith dari baginda Rasulullah S.A.W..
Daripada Saiyadatina Aisyah r.ah. Rasulullah S.A.W. bersabda " Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaanmu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang palin ALLAH sukai adalah amalan yang istiqamah (berterusan) meskipun sedikit."
Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dana Al-Imam Muslim)
Moga yang telahpun memulakan amalan sunat disamping fardhu mengambil iktibar dari hadith ini. Ini juga menjadi suatu nasihat buatku dalam membentuk keperibadianku sehari-hari.
Perbanyakkanlah amalanmu terutamanya bertadarus kerana pada bulan inilah Al-quran telah mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat. Saya yakin ramai mendengar seruan ini, betul tak?
Pada bulan ini juga saya telah memerhati adik-adik saya menjalani puasa ramadhan mereka di sekolah buat pertama kalinya untuk mereka. Kesabaran perlu ditingkatkan. Amalan sunnah Rasulullah S.A.W. juga jangan dilupakan sepanjang bulan yang mulia ini. Perlu diingatkan bahawa perbezaan puasa kita dengan puasa ahlul kitab adalah kita memulakan puasa dengan bersahur. Inilah pengajaran yang saya dapat sepanjang seminggu ini. Setahu saya, tiga daripada mereka tidak bersahur, iaitu Awi, Megat dan Ubaidillah. Tidaklah seminggu itu tetapi dalam kadar dua tiga hari.
" Ya ALLAH, tolong diperteguhkan hati kami dalam menjalani ibadah puasa Ya ALLAH"
Saya sentiasa mengingatkan diri ini bahawa kehidupan semakin singkat, dan kita adalah umat Rasulullah S.A.W. yang terakhir sekali. Kita tidak pernah melihat rasulullah s.a.w. maka iman kita tidaklah seteguh orang zaman dahulu, tambahan pula dengan pelbagai godaan disekitar kita. Tetapi kerana itulah kita dikurniakan ALLAH gandaan ganjaran sebagai balasan kita mempercayai Agama Islam adalah agama yang terakhir. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment
Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..