Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Saturday, August 20, 2011

Kenangan...

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Kehidupan sangat indah... Dan saya takkan berhenti menganggap kehidupan adalah sebegitu rupa. Tak lama lagi harijadi adik angkat saya, Muhammad Farhan Shaman. Sebelum bertolak, biarlah saya mencoret sedikit.. haha.... Saya akan sentiasa ingat hari-hari yang telah berlalu dan mendambakan hari-hari yang terkemudian. Saya tahu, kita sebagai hamba-NYA hanya dapat merancang. Setiap saat yang dilalui terasa begitu berharga kerana adanya teman yang kita kasihi sentiasa ada di sisi.

Tetapi, kadang-kadang kita akan dikuasai kecemburuan yang teramat hanya disebabkan orang yang dikasihi itu lebih bahagia dengan orang lain... Sememangnya saya sedar kehidupan ini adalah memberi dan menerima. Saya tak sepatutnya berasa cemburu. Siapa lagi kalau bukan Farhan Shaman dan Mat Awi...
Penagajarannya....:
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah ALLAH yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
 
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
 
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
 
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Saturday, August 13, 2011

And The Epic Begins Again....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kehidupan,
Saya mendapat tahu awak telah menyebabkan kawan saya terkantoi fly. Tetapi tak apa, sudah menjadi takdir dia kena begitu. Augustine adalah budak Sarawak dan saya akan tolong dia sebab itu. It's not that I am a racist or et cetera, and no, it does not because of anything else. Wait, mungkin saya sememangnya bersifat kenegerian. Saya terbelajar dari orang-orang terdekat saya...haha. Saya sekarang ini dalam perjalanan ke Yayasan Sarawak untuk tengok Augustine Danggau ak Michael Minggu..... Form 2, juga pelajar YS, so saya tak nak tinggalkan dia seorang diri. By the way, dia pun akan menemani saya dalam plan saya yang sangat secret.... I ill tell it after Raya, insyaALLAH.

Kehidupan,
Mat Awi kat mana ya? Susah dan membimbangkan pula dia tak ada di dorm. Dia balikke? Macam mana dia balik tak beritahu? Hai.... jantungku telah hilang secara tiba-tiba... begitulah perumpamaannya. Awi, hati-hati ya... di luar sana. Saya rasa dia akan balik kejap lagi, sebab dia kena hadiri something majlis berbuka puasa dengan something(I dont even remember what the name is). Saya ingin melihat permata saya yang ini lebih kerap... tetapi bagaimana ya? Saya rasa budak ni masih simpan sesuatu, tetapi saya tak tahu.... Nantilah.... saya akan cari caranya. Oh, semalam, lupa nak tambah, saya nampak Awi duduk di antara dua orang perempuan form 1. Dia bercakap dengan gaya yang agak berlembut. Macam orang zaman sekarang cakap dengan couple mereka. Tak sangka dia lemah lembut rupanya dengan perempuan, saya dah agak sangat dah.... haha... Apalah reaksi dia kalau dia baca ini. Bukan saya tak nak tegur, tetapi mereka dah satu batch dan saya tau ini bukan alasan untuk tegur mereka. Lagipun saya sendiri susah untuk menjaga batas pergaulan memandangkan sekolah dah bercampur. Memadai saya kekangkan penglihatan saya. Wallahu a'lam dan insyaALLAH, Kehdupan, saya sambung lagi.

The Time Is Short....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kehidupan,
Perhaps hidup ini memang mendesak. I always teringat semula each and every moment yang ada with full momentum because life is short. I have another three months left, before I leave Sekolah Menengah Sains Selangor and thus end my second period of schooling, after the first period which was Sekolah Rendah Kebangsaan Pujut Corner, Miri, Sarawak. What matters now is continuing to run after my dream....
Kehidupan,
Saya rindu dengan adik-adik angkat saya... They are my jewels, the illuminating light yang memancarkan cahaya mereka ke seluruh pelosok dunia saya. Kadang-kadang saya rasa agak cemburu kalau mereka berborak dengan senior lain, and to avoid this, saya akan sentiasa berdzikir kepada ALLAH, knowing that ALLAH akan sentiasa ingat hamba-NYA, terutama pada bulan ramadhan yang mubarak ini. Meskipun kita diajak untuk bercinta dengan saudara semuslim kita kerana ALLAH Taala, kesannya tetap begitu kuat sehingga saya dah jatuh hati pada adik-adik angkat saya. Tujuh sememangnya banyak, I can see that now terutama apabila saya hanya akan mengambil berat terhadap sesetengah daripada mereka, assuming that yang lain akan baik-baik sahaja. Tetapi, hakikatnya terbalik....
Kehidupan,
Awak mempunyai pandangan yang luas, beritahu saya apa yang Megat buat sekarang? Megat Aiman Amieny bin Megat Zahiran... sememangnya saya dah hafal nama dia, antara insan yang paling saya kasihi di dunia ini. ALLAH. Yuhibbullah Megat. Ke manakah Mat Awi sekarang ini..? Apa yang dia tengah lakukan? Sahur tak dia pagi ni...? Mat Awi bin Che Deraman... nama yang akan terukir di hatiku selama-lamanya. Orang yang paling saya kasihi dalam kalangan mereka. Adakah dia mengetahuinya? Dialah antara insan yang saya akan cari dalam sesuatu event, nak tengok dia buat apa. Saya rasa budak ni romantik... boleh cairkan hati seorang perempuan.... Tetapi, yang membezakan dia dengan budak lain yang saya jumpa ialah dia seorang yang mencintai hadith dan suka menulis nasihat-nasihat yang baik.... Dialah budak yang paling seronok untuk ditatapi, kerana kelakuan dia yang begitu melucukan..hahaha...Yuhibbullah, Awi. Wan Ahmad Amin Noor bin Wan Bustamam.... adik yang paling ku suka lihat kerana redupnya hati apabila melihatnya....Kehidupan ini begitu mengasyikkan apabila dia bergaul dan bermain dengan kita. Kehidupan ini menjadi sejuk dan tenang. Yuhibullah, Amin.
Muhamad Farhan bin Muhamad Shaman, adik yang paling aktif dan banyak bertanya... sangat terharunya hati ini apabila tahu yang kita menjadi sumber rujukan dia untuk menjawab soalannya. Saya rasa saya tak kisahpun kalau dia tanya soalan kat saya banyak-banyak...hehe.. semoga ALLAH memberkatinya. Dialah adik yang paling banyak saya pertahankan dalam kalangan adik-adik saya. Dan sampai sekarang saya ingat dia beri saya sebungkus apples, red in colour. Yes, adik ini adalah adik yang paling saya tak nak lepaskan... Yuhibbullah, Farhan. Muhammad Ubaidillah, permata pertama aku pilih dalam kalangan permata yang lain. Kesiannya, kesian kerana dia asyik diuji dengan pelbagai jenis perkara dalam hidupnya. Ubaidillah, seorang adik yang begitu mengurangkan tension kita kalau kita melihatnya. Kalau boleh, saya tak nak lepaskan dia, specialnya dia. Tension berkurang terutama pada bulan ramadhan, saya dapat lihat dia setiap kali menunggu berbuka. Yuhibbullah, Ubaidillah. Nik Muhammad Rusydan, adik yang paling tak banyak masalah dengan saya, malah paling normal dalam kalangan mereka semua, jumpa saya walaupun sedikit masa lagi tinggal, paling menghormati dan mengambil hati saya. Saya tak tahu kalau da perasan atau tak tetapi. keistimewaan dia dalam hidup saya adalah sifat dia yang begitu neutral...haha..Yuhibbullah Nik. Yang terkhir, siapa lagi kalau bukan Muhamad Rohaizad. Juga paling kerap jumpa saya dan paling banyak bercakap... hehe... kita takkan dapat peluang untuk bercakap mengenai pendapat kita jalaudia yang bercakap. Sangat menghiburkan hati kalau pada masa itu, hati rasa tenang.... Yuhibbullah, Rohaizad...
Sebelum warkah ini berakhir, kehidupan, inginku berdoa kepada Yang Maha Esa untuk kekalkan perhubungan ini. Amiin. Wallahua'lam.

Friday, August 12, 2011

Cintaku.....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Kehidupan,



Dalam dunia ini, tidak sangka cinta sebenarnya banyak. Tetapi hanya tiga cinta sahaja yang halal lagi selamat malah diberkati ALLAH. Tanpa cinta, mana mungkin kita menjadi seorang manusia. Apatah lagi, saya sebagai seorang remaja semestinya ada dugaan yang pelbagai. Kehidupan, apakah yang engkau ingin aku pelajari dari cinta.....



Mengejar cinta ALLAH begitu payah, rasa macam takkan tercapai dek upaya yang ada. Terasa terlalu jauh, atau mungkinkah hati ini masih jauh dari hidayah-NYA? Ya ALLAH, mana mungkin seorang hamba boleh jauh dari cintaNYA... Ku menunggu kehidupan ini agar terus berlalu.... kalau boleh tinggalkanlah aku.....



Pada hari ini, saya telah menerima lima surat yang berbeza penghantarnya, sejauh Johor dan sedekat Tempatku belajar, yang memintaku untuk bercouple.... ALLAHHU AKHBAR, ASTAGHFIRULLAH.



Tetapi, ku masih miliki cintaku kepada para saudara semuslimku, terutama adik-adik angkatku, agar dikasihi ALLAH dan Muhammad S.A.W.. Ku merasakan mereka masih belum boleh memahaminya. Tak apalah, biar lambat asalkan faham. Kurasakan minggu ini berlalu dengan cepat, dipenuhi dengan kenanganku bersama adik-adik angkatku, Megat, Awi, Amin, Ubaidillah, Rohaizad dan Nik... Kehidupan kian memuncak. Apakah mereka mengerti? aku takkan pernah tahu kerana itu adalah isi hati mereka yang terpendam. Tak sangka, sunnah rasul sabgat kulebihi daripada aktiviti kebiasaanku. Sekareang ini, aku menunggu masa berbukaku mengenang kemanakah perginya Mat Awi..... Jawapan takkan datang dengan segera. Ku dapat rasakan bahawa terdapat perasaan cemburu dalam kalanagan sahabatku kerana aku melebihkan adik-adikku.



Kehidupan,



Kenapa ku cintakan adik-adik angkatku denga sepenuh hati, bukan pada tahun yang sebelum-sebelumnya? Melihat wajah mereka menjadikanku terasa tenang, khasnya Mat Awi, Megat dan Amin..... Bagaimanakah mereka ketika ini..... Kerinduan ini sungguh tinggi untuk melihat mereka tetapi ketika mereka berada di depan mata mulut terkatup dan mata menjadi pembuka bicara malah hanya sempat senyum-senyum sahaja memandangkan mereka menyebabkan perasaan dalam diri ini menjadi tak keruan dan segan untuk menghadapi mereka kerana kedudukan mereka di hati ini... ALLAH aku berdoa semoga ENGKAU berikan rahmat yang lebih pada adik-adik angkatku. Tidak lupa juga selawat ke atas Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda serta ulama-ulama yang giat menegakkan agama islam. Amin. Wallahu A'lam.

Sunday, August 7, 2011

Rintihanku....Kehidupan



Kehidupan,


Kini aku sedang merindui adik-adikku, tatkala aku sedang mengukir bait-bait ini, tak ku sangka aku akan berperasaan begitu. Ku sedang mengorek semula memoir-memoirku ketika masaku bersama mereka, sememangnya banyak dan aku rindui saat itu. Perasaanku berkecamuk, lantaran terfikir mengenai masa hadapan mereka. Duhai kehidupan, apa yang sedang aku buat ini? Tergamaknya aku memikirkan mereka tanpa sempat aku berfikir mengenaiku. Di manakah aku pada diriku? Tidaklah aku sangka aku akan memnuhi kehidupanku dengan menyayangi mereka.



Kehidupan,


Ku melayakkan diriku untuk bertanya pada diriku sendiri. Adakah mereka menyayangi diriku? Ku cuba untuk bertanya soalan itu pada mereka. Tapi aku risau dengan pendirian mereka, pemikiran mereka yang sedang bercambah, tatkala aku usai menanyakan itu. Adakah mereka menyayangiku sebenar-benarnya? Kasih seorang adik kepada seorang abang? Wujudkah pada diri mereka?



Kehidupan,


Apakah yang mereka sedang berfikir mengenaiku? Adakah mereka meletakkan diriku ditempatnya sebagaimana aku menjunjung mereka dalam kehidupanku? Aku sanggup melakukan apa sahaja sesuai dengan kadar keupayaanku. Tak layak rasanya aku melakukan sesuatu yang melabihi keupayaanku sekiranya ALLAH sendiri menguji hamba-NYA sesuai dengan kadar kemampuan hamba-NYA....Kehidupan, bagaimana engkau dapat membantuku dalam merungkai persoalan ini?



Kehidupan,


Pena telah menjadi saksi. Tinta telah menjadi bukti. Aku sayang mereka melebihi segalanya yang ada di dunia ini, kecuali Nabi s.a.w. dan ibuku. Ku curahkan segalanya, dan hatiku percaya mereka masih tidak mengerti lagi pengorbananku. Mereka masih tidak mengerti penyampaianku. Mereka masih tidak tahu perasaanku yang telah terpendam sekian lama. Wajah mereka teguh menghias pemandanganku sehinggakan tiada pemandangan yang lebih indah selain itu. Malah, cahaya bulan purnama tidak dapat mengatasi keindahan mereka. SubhanaALLAH....

Saturday, August 6, 2011

Hari ini dan Seterusnya....



Hari ini saya buka balik blog yang ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Begitu enchanting dunia ini kepada yang melihat dengan mata hati mereka. Kehidupan telah bermula semula dan berakhir seperti biasa. Rindunya hati ini bila teringat pada mereka yang disayangi dengan sepenuhnya..... yuhibbullah Megat, Awi, Farhan, Ubaidillah, Rohaizad, Nik, dan semestinya Amin.



Hari semakin cepat berlalu.... but I'm in no hurry. For me we shouldn't rush for the worldly things. It would make us sick.... deep within and outside. Selepas selesai solat Terawih, solat rehat, saya teringat pada mereka..... Di mana mereka sekarang? Adakah mereka berjaya menunaikan solat mereka? Apa yang mereka sedang buat tatkala saya mengasingkan diri di sini. Kehidupan ini memang indah sekiranya melihat mereka, insan yangku sayangi sepenuh hati, mengharapkan mereka menjadi antara sibghah ALLAH, insyaALLAH....



Tetapi, saya tetap mengingatkan diri ini, perjuangan belum berakhir dan takkan berakhir selagi kita tidak dicabut nyawa. Wahai adik-adik angkatku.... abang akan sentiasa menunggu kedatanganmu dengan tangan yang terbuka.... Kehidupan abang dihiasi dengan permata-permata Islami yang abang pilih dengan tangan abang sendiri dari laut kehidupan ini....

Friday, August 5, 2011

Sekemudiannya....



Bismillahir rahmannir rahim. Semoga Allah merahmati adik-adik angkatku sekalian. Sebenarnya, abang telah melakukan banyak kesilapan dalam mendidik kamu semua. Abang terlampau mudah untuk mengikut mu walaupun kadang-kadang abang tahu itu adalah perbuatan yang salah. Abang risau kamu semua berjauhan dengan abang setelah abang menegur. Tidak semua orang mengambil teguran sebagai sesuatu yang positif. Abang tidak ingin kamu semua lalai dalam kehidupan ini. Ingatlah sahabat sangat penting dalam menjamin pergerakanmu di sekolah kerana kita lebih terpengaruh dengan kawan-kawan kita.



Susah untuk abang tidak menjauhi diri dari kamu semua kerana kamu semua telah mengambil hati abang..... Semoga ALLAH merahmati kamu semua kerana berkasih-kasih sesama sendiri. ALLAH berfirman dalam sebuah hadith qudsi bahawa ALLAH meletakkan seorang muslim yang mencintai saudaranya kerana ALLAH di atas mimbar dari cahaya sehingga semua para nabi dan wali berasa cemburu.



Abang harap kamu semua tidak berasa susah dan kurang senang dengan abang. Lihatlah apa yang dah jadi pada beberapa orang kawanmu.






Disamping itu abang nak ucap rasa syukur abang dengan beberapa orang adik abang... Antaranya:



1. Megat Aiman Amieny- adik abang yang paling banyak bersabar dengan kerenah abang semenjak beberapa bulan yang lalu.



2. Mat Awi - adik abang yang paling suka dengan hadith dan kata-kata nasihat.



3. Ubaidillah - adik abang yang banyak bersabar dengan kehidupan sebagai seorang junior dan sentiasa cuba untuk tidak menyusahkan abang.



4. Wan Ahmad Amin Noor - sekurang-kurangnya jujur dengan abang dalam banyak perkara. Sentiasa cuba membantu abang.



5. Muhammad Farhan - Banyak merawat hati abang. Walaupun kadang-kadang buat abang resah.



Selebihnya bersambung kemudian...

Tibanya Bulan Ramadhan...



Bismillahir rahmanir rahim.



Kembalinya diriku yang hina ini untuk menyambung adegan kehidupanku.



Bulan Ramadhan datang menjelma semula setelah setahun dinanti-nantikan. Tahun ini adalah tahun terakhir ku di sekolah ku.



Semestinya Bulan al- mubarak ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ibadah. Ibadah fardhu ditunaikan dengan penuh kesungguhan. Ibadah sunat ditunaikan dengan penuh semangat. Inikah yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai berkat ALLAH merantai syaitan? Wallahu a'lam.



Ingin saya perdengarkan sebuah hadith dari baginda Rasulullah S.A.W..



Daripada Saiyadatina Aisyah r.ah. Rasulullah S.A.W. bersabda " Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaanmu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang palin ALLAH sukai adalah amalan yang istiqamah (berterusan) meskipun sedikit."



Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dana Al-Imam Muslim)



Moga yang telahpun memulakan amalan sunat disamping fardhu mengambil iktibar dari hadith ini. Ini juga menjadi suatu nasihat buatku dalam membentuk keperibadianku sehari-hari.






Perbanyakkanlah amalanmu terutamanya bertadarus kerana pada bulan inilah Al-quran telah mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat. Saya yakin ramai mendengar seruan ini, betul tak?






Pada bulan ini juga saya telah memerhati adik-adik saya menjalani puasa ramadhan mereka di sekolah buat pertama kalinya untuk mereka. Kesabaran perlu ditingkatkan. Amalan sunnah Rasulullah S.A.W. juga jangan dilupakan sepanjang bulan yang mulia ini. Perlu diingatkan bahawa perbezaan puasa kita dengan puasa ahlul kitab adalah kita memulakan puasa dengan bersahur. Inilah pengajaran yang saya dapat sepanjang seminggu ini. Setahu saya, tiga daripada mereka tidak bersahur, iaitu Awi, Megat dan Ubaidillah. Tidaklah seminggu itu tetapi dalam kadar dua tiga hari.






" Ya ALLAH, tolong diperteguhkan hati kami dalam menjalani ibadah puasa Ya ALLAH"



Saya sentiasa mengingatkan diri ini bahawa kehidupan semakin singkat, dan kita adalah umat Rasulullah S.A.W. yang terakhir sekali. Kita tidak pernah melihat rasulullah s.a.w. maka iman kita tidaklah seteguh orang zaman dahulu, tambahan pula dengan pelbagai godaan disekitar kita. Tetapi kerana itulah kita dikurniakan ALLAH gandaan ganjaran sebagai balasan kita mempercayai Agama Islam adalah agama yang terakhir. Wallahu a'lam.






Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."