Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Friday, August 12, 2011

Cintaku.....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Kehidupan,



Dalam dunia ini, tidak sangka cinta sebenarnya banyak. Tetapi hanya tiga cinta sahaja yang halal lagi selamat malah diberkati ALLAH. Tanpa cinta, mana mungkin kita menjadi seorang manusia. Apatah lagi, saya sebagai seorang remaja semestinya ada dugaan yang pelbagai. Kehidupan, apakah yang engkau ingin aku pelajari dari cinta.....



Mengejar cinta ALLAH begitu payah, rasa macam takkan tercapai dek upaya yang ada. Terasa terlalu jauh, atau mungkinkah hati ini masih jauh dari hidayah-NYA? Ya ALLAH, mana mungkin seorang hamba boleh jauh dari cintaNYA... Ku menunggu kehidupan ini agar terus berlalu.... kalau boleh tinggalkanlah aku.....



Pada hari ini, saya telah menerima lima surat yang berbeza penghantarnya, sejauh Johor dan sedekat Tempatku belajar, yang memintaku untuk bercouple.... ALLAHHU AKHBAR, ASTAGHFIRULLAH.



Tetapi, ku masih miliki cintaku kepada para saudara semuslimku, terutama adik-adik angkatku, agar dikasihi ALLAH dan Muhammad S.A.W.. Ku merasakan mereka masih belum boleh memahaminya. Tak apalah, biar lambat asalkan faham. Kurasakan minggu ini berlalu dengan cepat, dipenuhi dengan kenanganku bersama adik-adik angkatku, Megat, Awi, Amin, Ubaidillah, Rohaizad dan Nik... Kehidupan kian memuncak. Apakah mereka mengerti? aku takkan pernah tahu kerana itu adalah isi hati mereka yang terpendam. Tak sangka, sunnah rasul sabgat kulebihi daripada aktiviti kebiasaanku. Sekareang ini, aku menunggu masa berbukaku mengenang kemanakah perginya Mat Awi..... Jawapan takkan datang dengan segera. Ku dapat rasakan bahawa terdapat perasaan cemburu dalam kalanagan sahabatku kerana aku melebihkan adik-adikku.



Kehidupan,



Kenapa ku cintakan adik-adik angkatku denga sepenuh hati, bukan pada tahun yang sebelum-sebelumnya? Melihat wajah mereka menjadikanku terasa tenang, khasnya Mat Awi, Megat dan Amin..... Bagaimanakah mereka ketika ini..... Kerinduan ini sungguh tinggi untuk melihat mereka tetapi ketika mereka berada di depan mata mulut terkatup dan mata menjadi pembuka bicara malah hanya sempat senyum-senyum sahaja memandangkan mereka menyebabkan perasaan dalam diri ini menjadi tak keruan dan segan untuk menghadapi mereka kerana kedudukan mereka di hati ini... ALLAH aku berdoa semoga ENGKAU berikan rahmat yang lebih pada adik-adik angkatku. Tidak lupa juga selawat ke atas Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda serta ulama-ulama yang giat menegakkan agama islam. Amin. Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment

Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..

Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."