
Bismillahir rahmannir rahim. Semoga Allah merahmati adik-adik angkatku sekalian. Sebenarnya, abang telah melakukan banyak kesilapan dalam mendidik kamu semua. Abang terlampau mudah untuk mengikut mu walaupun kadang-kadang abang tahu itu adalah perbuatan yang salah. Abang risau kamu semua berjauhan dengan abang setelah abang menegur. Tidak semua orang mengambil teguran sebagai sesuatu yang positif. Abang tidak ingin kamu semua lalai dalam kehidupan ini. Ingatlah sahabat sangat penting dalam menjamin pergerakanmu di sekolah kerana kita lebih terpengaruh dengan kawan-kawan kita.
Susah untuk abang tidak menjauhi diri dari kamu semua kerana kamu semua telah mengambil hati abang..... Semoga ALLAH merahmati kamu semua kerana berkasih-kasih sesama sendiri. ALLAH berfirman dalam sebuah hadith qudsi bahawa ALLAH meletakkan seorang muslim yang mencintai saudaranya kerana ALLAH di atas mimbar dari cahaya sehingga semua para nabi dan wali berasa cemburu.
Abang harap kamu semua tidak berasa susah dan kurang senang dengan abang. Lihatlah apa yang dah jadi pada beberapa orang kawanmu.
Disamping itu abang nak ucap rasa syukur abang dengan beberapa orang adik abang... Antaranya:
1. Megat Aiman Amieny- adik abang yang paling banyak bersabar dengan kerenah abang semenjak beberapa bulan yang lalu.
2. Mat Awi - adik abang yang paling suka dengan hadith dan kata-kata nasihat.
3. Ubaidillah - adik abang yang banyak bersabar dengan kehidupan sebagai seorang junior dan sentiasa cuba untuk tidak menyusahkan abang.
4. Wan Ahmad Amin Noor - sekurang-kurangnya jujur dengan abang dalam banyak perkara. Sentiasa cuba membantu abang.
5. Muhammad Farhan - Banyak merawat hati abang. Walaupun kadang-kadang buat abang resah.
Selebihnya bersambung kemudian...
No comments:
Post a Comment
Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..