Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Friday, November 25, 2011

Apa Yang Dah Berlaku..?

Bismillah..
Alhamdulillah, saya dah bertemu semula dengan kawan-kawan lama saya semasa tahun 6 2007 dulu, yang sama-sama berjuang untuk UPSR di Sekolah Rendah Kebangsaan Pujut Corner, rasanya, itulah cara ALLAH inginkan. Teringat lagi kata Al-Imam Ghazali... Jangan sedih sekiranya ada seorang benci kamu, kerana masih ada ramai lagi yang menyayangimu.. Betullah, ALLAH beriku 22 orang kawan rapatku semula setelah mengambil Awi. Dan untuk itu, ternyata aku rasa bersyukur sangat..

Ada orang bertanya, kenapa aku tidak pernah marah? Bagaimana nak marah? Bagiku, marah begitu memenatkan. Diam lagi senang. Aku tidak suka orang membenciku... Kerana perasaan dibenci itu begitu menyakitkan. Pandangan orang yang membencimu itu penuh kutukan.. Tidak terniat di hatiku untuk memarahi orang.. Lagipun, aku prang yang begitu susah untuk marah, tetapi kalau marah, begitu susah untuk rede, tetapi, sekiranya orang itu buat baik sedikit sekalipun, seperti senyum, marahku terus hilang dan aku memaafkannya.. Meskipun, hatiku maut, pedih dan parah kerananya..

Kenapa aku tidak lepaskan Awi? Hmm Pertama kerana aku telahpun berjanji dengannya aku tidak akan lepaskan dia walau apa pun yang berlaku. I am not the one who back out my own words. Aku teringat lagi balasan bagi orang yang memutuskan silaturahim.. dan aku tidak ingin memulakannya.. Aku cinta ALLAH dan Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. dan aku ingin jumpa Nabi kesayanganku, S.A.W. di akhirat kelak. Aku sentiasa bersikap optimis dengan kelakuan Awi sekarang ini kerana aku tahu, terdapat suatu masa kelak, ALLAH akan memperbaiki semula hubungan kami, dan ALLAH Maha Perancang. Dia mungkin akan sentiasa membenci aku, dan jawapanku untuknya adalah kata-kata Saiydina Ali K.W. kepada pembunuhnya," Aku mengasihi lelaki itu tetapi dia memusuhi diriku". Begitu indah kata-kata Saiydina Ali K.W..

Sebagai seorang remaja, aku tahu, Awi masih tidak faham dengan semua ini. Baginya, semua ini begitu senang untuk didapati. Baginya cinta ILAHI itu di mana-mana sahaja. Namun dia harus ingat hidayah tidak datang begitu sahaja. Aku tidak berapa suka dengan sikap orang yang menyembunyikan masalah yang berkaitan dengan diriku, kemudian menjauhkan diri tanpa memberitahuku apa yang telah terjadi..
Ku pasrah dengan takdirNYA, dan aku tahu, aku harus memajukan diriku terlebih dahulu sebelum aku bertemu semula dengan mereka... InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment

Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..

Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."