Bismillah,
Ini setakat ingin mengingati semula ILAHI, dengan lagu.. Kadang-kadang kita boleh juga mendengar lagu kerana selagi ia bukan untuk tujuan keagamaan lain, kerana maksiat atau menyebabkan kita tidak menunaikan solat, fanatik atau berlebih-lebihan, maka ia diharuskan... Berdasarkan Al-Imam Al-Ghazali,
Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Untuk itu saya sertakan sekali liriknya agar kita dapat hayatinya bersama-sama..
Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
reff:
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan
repeat reff [3x]
kebesaran-Mu Tuhan
Saya melakar isu ini kerana saya telah diberitahu oleh beberapa fulan bahawa mendengar muzik itu haram. Itu pendapat mereka, maka ini pula adalah pendapat saya. Tidakkah terdapat sebuah hadith apabila Rasulullah membenarkan tiga orang perempuan menyanyi setelah mendengar Saiydina Abu Bakar r.a. menegur Saiydatina Aisyah rh.a mengenainya?
No comments:
Post a Comment
Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..