Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Friday, November 25, 2011

Ujian Datang Lagi...

Bismillah,
Kenapa? Aku sentiasa tertanya-tanya.. Apakah salahku sehingga begitu engkau melayanku. Hatiku begitu rapuh, tetapi, setelah apa yang berlaku, alhamdulillah, kali ini aku dapat menahan ombaknya dengan penghadang yang telah ku bina dari memusnahkan perasaanku dengan seteruk-teruknya.. Ku sedang mempunyai satu lagi masalah dengan Farhan. Hatiku begitu sakit, menahan kepiluan di hati ini...

Taklah aku menyalahkan ALLAH TAALA, dan aku tidak salahkan takdir.. tetapi, aku ingin tahu kenapa jadi begitu, tolong hentikan sikap menutup segalanya tetapi menzahirkan masalah tersebut pada masa yang sama. Tatkala aku bergembira bertemu semula dengan kawan lama, dia pula menghilangkan diri.. Apalah kesalahanku, aku memikirkannya begitu dalam sehingga diriku terhuyung-hayang, pening kepala kerana memikirkannya...

Apakah sebenarnya yang terjadi? Ingin aku ketahui apakah yang sebenarnya terjadi.. Hidup ini begitulah, sakit sekali apabila memikirkannya.. ALLAH sahaja tempatku mengadu, segala masalahku, kerana aku tahu, segala solusi pada sebuah masalh, hanya pada-NYA..

No comments:

Post a Comment

Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..

Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."