Bismillah,
Sesungguhnya, persahabatan antara aku dan dia, iaitu Mat Awi, telah mendapat cabaran dan dugaannya yang tersendiri sejak awal perkenalan lagi.. Betullah, drama kehidupan bersamanya ibarat drama sinetron atau mega movie Malaysia.. Ku tahu, ujian ini adalah ujian ALLAH hadapkan padaku untuk menguji cintaku pada-NYA, dan kekuatanku dalam mempertahankan sunnah Rasulullah SAW ini.
Pada awal perkenalan, iaitu pada bulan Mac 2011, aku telah ditahan oleh beberapa orang sahabatnya, meminta kepastian adakah benar aku akan bersahabat dengannya.. Jawapanku, tidak lain tidak bukan ya. Mungkin para pembaca ingat aku ini seorang yang betul-betul terlebih dalam melakar semula sebuah memori yang setelah sekian lama tersimpan umpama sebuah rekod lagu yang telah tua dimamah zaman... Jawapanku solah-olah sebuah kejutan bagi mereka.. Hai, kerutan wajah tak percaya dan terkejut siapalah yang tak kenal..? Betul tak? Kenapa? Ku cuba ajukan soalan pada mereka. Ternyata hampir semua mereka tidak bersetuju dengan cadanganku untuk berkawan dengan Awi, apatah lagi mengambilnya sebagai adik angkat. Apalah yang teruk sangat, ku tanya. Mereka jawab, "Abang dan dia tu tak sama. Itulah masalahnya. Kami kawan dia kami tahulah." Bukan setakat kawan senegeri, yang tak senegeripun cakap begitu.. Akhirnya, aku bernekad juga untuk mengenali dia..
Kubawakan berita ini kepada keluargaku. Sebaik sahaja mereka tahu, mereka menetang kehendak hatiku. Kata mereka dia tak sesuai dengan aku, tak setuju hanya kerana perbezaan status dan kebencian mereka terhadap kalangan lelaki Kelantan. Apabila aku kata aku bertekad juga, mereka mula memaki hamun aku, malah tergamak memukul aku hanya kerana aku ingin mengenalinya. Babak ini, tidak perlulah aku ceritakan. Peritnya hati ini tetapi ia tetap tidak dapat mengenal erti putus asa, kerana setiap bait, setiap libasan dan setiap hentaman aku terima menyebabkan kehendak aku semakin menebal. Ternyata kedegilanku membawa kepada konklusi ini: Aku akan menjalinkannya, kerana lain orang lain pendapat, dan aku tidak akan memakai pendapat lain selain apa yang aku sendiri percaya dan hadapi.
Aku yakin, ada yang tertanya-tanya kenapa mereka buat sebegitu, betul tak? Pertama sekali,disebabkan statusku yang ternyata berbeza dengannya. Keluargaku keluarga kaya. Kami juga masih terikat dengan tradisi kami seerat-eratnya.. Orang lelaki Kelantan disifatkan sebagai malas kerana suka melepak dan sebagainya meskipun disanjung kerana ilmu agama mereka yang tinggi, selain semangat kenegerian mereka yang begitu menebal di hati. Adakah aku harus memakan kata-kata orang yang tidak pernah mengenalinya sebagaimana aku yang ingin mengenalinya? Tidak...
Di sekolah pula, sahabat-sahabat rapatku begitu pelik kerana aku ingin berkawa dengan orang yang mereka sifatkan sebagai 'nakal', 'kasar', 'suka menyakat' dan sebagainya yang tidak ingin ku tulis di sini kerana ia tetap menyakitkan hatiku. Aku hanya mengeluh kesedihan. Nampaknya, aku terpaksa merahsiakan perkenalan ini. Pada bulan Mei 2001, 5 haribulan aku menghantar 6 surat tawaran, menyatakan aku ingin mengambil mereka sebagai adik angkat. Antaranya siapa lagi kalau bukan Awi. Dialah yang ternyata aku sentiasa tertunggu-tunggu.. Dan di sana selepas solat Jumaat, di Surau Ar-Rahman, dia bersetuju....

No comments:
Post a Comment
Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..