Bismillahirrahmanirrahim...
Bermadah... Tugasnya adalah memaniskan kata-kata, agar terasa nyaman kepada perasa si pembaca, atau pendengar... Kawanku pernah menulis, melakar ayat seperti ini: Hidup kita seperti lalang, apabila angin meniupnya kesana, ia melentok kesana, apabila anginnya meniup kesini, ia melentok kesini.. Begitulah kehidupan, dalam pandangan kawanku..
Ternyata, sesiapa yang melihat adikku ini, mereka boleh merasakan kekaguman yang tiada tara bandingannya..(okay, yang ini agak berlebihan tetapi..). Ternyata siapa yang tidak kagum melihatnya.. Pandangannya begitu lembut, tetapi pada masa yang sama tajam, hati kadang-kadang gusar, adakah pandanganya sebegini dan sebegini? Secara fizikal, dia seorang yang cukup sempurna.. Sempurna sekal, terutama sebagai seorang atlet. Senyumannya tidak boleh dijual beli dengan apa-apa di dunia ini.. Kadang-kadang, aku terasa seperti lain, apabila bersamanya.. kerna kau sanggup mengorbankan segalanya untuk meneruskan perjalinan persahabatan ini.
Hidup ini seperti drama, kita tahu plot ceritanya, cuma wataknya berbeza. Dan dalam setiap drama, ada saspennya tersendiri. Begitu juga ketika aku melalui hidup bersama orang yang kusayang, orang yang ku anggap seperti adikku sendiri. Kini, aku tahu, bahawa dia tidak berpuas hati denganku.. Apakah sebabnyapun aku tak tahu.. Mungkin inilah salah satu dari saspensnya.. betul tak? Selagi nyawaku, belum ditarik, selagi itu aku tidak menghampiri penghujung jalan cerita..
Pertemuan pertama kali membawaku pada percutian pertama pada tahun ini di Sekolah Menengah Sains Selangor. Pelajar Kelantan dalam persediaan untuk pulang ke tanah air mereka.. Kadang-kadang aku terasa cemburu kerana mereka boleh pulang ke tanah air mereka setiap kali cuti tetapi berlainan pula denganku yang tanah airnya terpisah oleh sebuah lautan.. Aku terinagt lagi dengan siapa ku cakap sehinggalah dia melintas sambil bermainlah... Terdetak dalam hatiku ingin mengenali dengan lebih mendalam mengenainya.. Dari tag namanya yang lama itu, aku sempat tahu namanya adalah Mat Awi bin Che Deraman...
Dari sahabat handainya, aku diperkenalkannya sebgaia seorang yang kasar, terutama dalam bermain. Dia juga seorang yang menjengkelkan selain suka menyakat orang. Aku diperkenalkan kepada seorang pelari pecut Pasir Mas.. Dia seorang yang fanatik kepada bola dan ramai tidak suka akan dia kerana dia juga seorang yang bersifat kenegerian.. Maklumat ini dari orang yang bukan senegeri dengan dialah..
Tetapi, dalam jiwa ini, terasa sesuatu yang dipanggil sebagai semangat inkuiri yang begitu tinggi... Hmm.. pada pendapatku, selagi aku tidak terkena, selagi itu sifat-sifatnya tidak terbukti, dan aku tidak mengambil endah nasihat sahabatnya untuk tidak berkawan dengannya.. Aku ternyata seorang yang akan melakukan sesuatu yang bertentangan terutama bab perjalinan persahabatan ini.. Adakah perkenalan dengannya nanti akan menyebabkan apa-apa yang tak patut..? Fikirku. Tak. ALLAH sahaja yang mengetahui betapa kuatnya aku ingin berkenalan dengannya... Wallahu a'lam.

Shila - Memori Tercipta
No comments:
Post a Comment
Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..