Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Tuesday, November 22, 2011

Labuhnya Tirai Kehidupan...


Tirai kehidupanku hampir berlabuh... Matahari yang berterusan menyinari kehidupanku juga telah sampai ke sempadannya, menyatakan kesidahannya meninggalkan ku dalam kegelapan yang semakin hampir.. Dunia Sekolah Menengah Sains Selangor menjadi sebuah memorial di peta pemikiranku. Di kala aku bertungkus-lumus menghadapi SPM, aku teringat akan semua kenangan dan memori yang telah bertapak sejak tingkatan 1 lagi.


Apakah kini aku harus bersyukur dengan pencapaian hidupku sepanjang sekolah menengah ini..? Jawapannya adalah tidak. Tidak kerana aku masih memerlukan kekuatan diri ini untuk menempuh ujian yang lebih besar dari ini. Dalam masa beberapa hari lagi, aku bakal menamatkan sebuah lagi bab kehidupanku sebelum membuka sebuah lagi chapter kehidupan yang baru. Persediaan menempuh kehidupan yang baru adalah dakwat dan pena berupa pengalaman yang ditimba dari telaga kehidupan SMSS. Ce... inilah yang dikatakan bermadah...


Kehidupan ini ternyata menjadi lebih sukar apabila umur kita semakin meningkat. Kehidupan tak semanis dulu, tetapi menjadi lebih indah dan berwarna-warni. Aku harus meneguhkan semula diriku pada ALLAH, dan tidak lagi terhuyung-hayang ketika balik semula ke rumah kelak. Semakin ke mengerti kenapa usaha menggapai cinta ALLAH ini begitu susah, rupa-rupanya kita masih terikat lagi dengan helah-helah dunia. Aku takut sebenarnya.. Kerana sepanjang 5 tahun ini, aku telah mengambil langkah bersembunyi di sekolah berasrama penuh yang menghalang segala pengaruh luar dari menceroboh masuk ke dalam minda kami..


Adakah kini aku larat menemui jalan keluar, adakah tembok keimanan aku terdaya menahan gelombang fitnah yang bakal ku hadapi seperti mana dunia ini semakin tak terdaya menahan bencana yang semakin giat berlaku... Ku pohon pertolongan dari-NYA setiap kali selesai solat, selesai menunaikan sujud kepadaNYA agar bertetap teguh dalam pendirian yang telah kubina sepanjang 5 tahun ini. Ku tahu, akhlak dan tradisi kaum yang dipertahankan selama ini bakal menemui kekangan yang lebih besar, iaitu globalisasi kehidupan dan masa...


Ku merindui saat-saat lalu dimana aku tidak perlu memikirkan semua ini.. Haha, dan sehingga kini, ingatanku terhadap adik-adikku masih lagi utuh, menghimpun segala memori dan peringatanku berikan kepada mereka untuk diaplikasikan ke dalam hidupku. Bagiku, tak guna mengajar orang sekiranya kita sendiri tidak mengaplikasikan ke dalam hidup kita, Betul tak? Allah menjadi tempatku bersandar, memohon bantuan dan merintih akibat segala dugaan yang ku hadapi setiap hari.. Perlukah aku menghadapi ujian yang sama lagi selepas ini? Aku harap tidak kerana ujian yang ku hadapi sekarang ini sudah terlalu berat sehingga aku ingat aku akan jatuh terjelopok... Ya ALLAH, Ya Rabbi...


Penatku berfikir, bagaimana aku harus selesaikan masalah antara aku dan Awi? Aku tidak pernah mencetuskan apa-apa pergaduhan pun.. Tetapi dia tergamak mengatakan aku bergaduh dengannya... Hai, keriasuanku terhadap Farhan semakin tinggi sehingga ke tahap melebih-lebih. Dia kata ada masalah tapi rahsia. Adakah ini yang menyebabkan dia menyepi? Bagaimanakah aku ingin berkomunikasi dengan Megat padahal dia tidak mempunyai apa-apa telekomunikasi? Hai, Amin pun dah menghilang... Tetapi, dia, tiada masalah yang harus aku fikirkan, alhamdulillah...

Ini adalah sebahagian dari sahabatku tulis..

 Fatimah An-Naisaburi r.a, beliau berkata: "Barangsiapa yang tidak dapat memperoleh perhatian daripada ALLAH, mereka akan melangkah kaki mereka ke mana-mana sahaja tempat dan bercakap apa sahaja mengikut kemahuan hati mereka. Barangsiapa yang diperhatikan ALLAH, mereka akan membisukan mulutnya kecuali kebenaran serta sentiasa mempunyai sifat malu dan ikhlas kepada-NYA." Beliau juga berkata: "Pada hari ini,orang yang jujur dan bertaqwa bagaikan dilautan yang bergelora, terumbang-ambing dilambung ombak. Dia berdoa kepada Tuhannya bagaikan orang yang tenggelam, memohon supaya dikeluarkan daripada peraka dan selamat." Beliau juga berkata: "Barangsiapa yang beramal kerana ALLAH agar dapat bermusyahadah, mereka ialah orang yang makrifat dan barangsiapa yang beramal agar dilihat ALLAH, ia adalah orang yang ikhlas."


Berdoalah kepada ALLAH, agar kehidupan kita menjadi semakin berkat dan bukan sahaja berjaya di dunia dan akhirat. Hidup ini tidaklah tempat untuk bergembira, juga bukan untuk bersedih, dan sebagai seorang hamba ILAHI, aku cuba menyimbangkan hidupku dengan memasukkan agamaku kedalam kehidupanku.. Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment

Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..

Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."