Assalamualaikum...
Alhamdulillah..
Setiap masa semakin penting untuk membawaku kearah perjalanan hidup di dunia luar setelah bersekolah menengah selama 5 tahun.. Peperiksaan SPM sudahpun bermula... Tak terungkap kata-kata, kala aku bergelut dengan kesulitan emosi, ku terpaksa melalui peperiksaan yang begitu penting dalam menentukan hala tujuku di dunia kelak. Aku tahu, tiada guna kita untuk melihat semula kebelakang...
Ada beberapa orang shabat dan orang yang kukasihi di sekolah ini, malahan dunya wal akhirah tidak sanggup untuk bertahan dengan ujian yang sedikit dalam meneruskan pertalian silaturahim ini.. Namun aku tidak ingin berputus asa... Kutetap meneruskan kehidupan seperti sediakala.. Cintaku yang pasti adalah kepada ALLAH dan Rasulullah S.A.W. dan tidak kepada yang lain.
Ada ketika kita tertanya-tanya kenapa kita yang terkena ujian berupa musibah sebegini... Tetapi aku tahu jawapannya, kerana kitalah yang larat menanggungnya, kitalah yang paling layak dan kita sanggup memikulnya. Allah tidak akan menurunkan musibah ke atas kita melainkan yang terdaya oleh kita dan ALLAH sahaja yang tahu daya kita. Allah menurunkanujian itu sebagai hikmah yang perlu diterokai, sebagai pengajaran yang berguna, pelajaran yang bermanfaat dan supaya kita tahan dalam menghadapi ujian yang serupa...
Kini aku tahu bahawa ALLAH begitu menyayangiku dan aku menyayangiNYA... Lihatlah adik-adikku.. Mereka lah yang dikatakan.. Ku dapat lihat mereka terjatuh, terumbang-ambing cuba untuk menghadapi dugaan, tumbang dalam pencarian sendiri, namun aku hanya mampu melihat dan memberi sokongan moral dari jauh, sejauh mata yang memandang..
Aku cuba untuk menerapkan perumpamaan ini kedalam jiwaku.. Daripada bergelumang dengan tahi, lebih baik mati bertimbun bunga..
Kepada Mat Awi bin Che Deraman atau Mat Awi,
Sungguhpun engkau begitu cuba menjauhi diri dariku, akibat tidak dapat menahan ujian yang menimpamu, aku tidakkan meninggalkanmu walau sesaatpun.. Aku akan sentiasa mengenang segala memori yang tercipta di antara kita, bagaimana engkau sangggup membimbing aku saat yang lain tidak mahu, bagaimana engkau memegang tanganku seeratnya, tidak seperti yang lain, memikirkan yang bukan-bukan dan bagaimana engkau sanggup menemaniku berjalan pulang ke masjid saat yang lain tidak mahu... Syukran, Jazakallahu khairan...

No comments:
Post a Comment
Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..