Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Saturday, November 19, 2011

Coretan Buat Diriku...

Kepada diriku,
Surat ini telah dicoret untukmu daripadaku. Kekasihmu begitu risau dengan keadaanmu yang semakn menjauhi diri-NYA. Semakin membenci-NYA. Dia ingin melihat dirimu bersabar dalam menghdapi ujian-NYA. Ujian-NYA hanyalah untuk melihat dirimu mampu untuk berjumpa dengan-NYA di Akhirat kelak. Tabahlah hadapi dugaan.
Lihatlah dirimu. Engkau mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Lihatlah sekelilingmu. Engkau tumbang dan terumbang-ambing dalam mengejar cinta-NYA, dengan jalan yang begitu berliku-liku, padahal Dia telah memberi jalan yang senang untukmu. Aku tahu, engkau mencintai adikmu. Engkau terlalu mengambil berat pasal dirinya. Engkau sanggup bersusah-payah untuknya. Tetapi untuk apa?
Berhentilah. Dia tidak sekalipun mengasihimu. Sudah tiba masanya awak lihat adik-adikmu yang lain. Mereka meraikanmu. Dia membencimu dan kedatanganmu. Awak ada Allah, Kekasihmu yang sebenarnya, yang kini bertanyakan dirimu. Tidakkah awak perasan, ALLAH tetap mengasihimu, meskipun engkau membenci akan kehadiran-NYA? Dia mencintaimu meskipun engkau tidak mencintai-NYA? Lihat, Awi tidak melakukannya tetapi ALLAH Azza WA JALLA. Hentikan dari menyakiti dirimu. Mulalah mencintai-NYA semula... Dia ingin melihat betapa lemahnya dirimu jika menghadapi ujian yang seperti itu tanpa bantuan-NYA.
Ilham,
Aku tahu engkau cuba untuk mengejar cinta Kekasihmu melalui dirinya. Tetapi ALLAH telah membuktikan, dia ternyata tidak sesuai dengan dirimu. Lihatlah diri awak yang berbeza dengan dirinya. Kekasarannya adalah perkara yang tidak pernah engkau lakukan.Dia telahpun bercouple, tengok benda yang blue dan mencarut. Latar hidupnya pula berbeza. Aku tahu, mungkin ini  yang menarik perhatianmu. Sedarlah, ALLAH sentiasa menasihatimu, zaman sekarang adalah zaman di mana orang meraikan yang buruk dan jahil sebagai perkara yang patut diikuti. Dan dia telah mengikutinya.
Ilham,
Jangan. Jangan jatuh kerana dia. Dia tidak menginginkan dirimu. Orang lain yang memerlukan dirimu. Bukan dia. Dia tidak menginginkanmu. Awak ada akhirat ubtuk difikirkan. ALLAH menginginkan sesuatu yang terbaik untukmu. Ada hikmah disebalik ujian itu, iaitu Awi. Jangan risau. ALLAH Maha Adil, ALLAH Maha Bijaksana. Cintailah ALLAH dengan sedalam-dalamnya. Pandanglah kepada Megat dan Farhan. Amin dan Rohaizad. Awi takkan mengingatimu. Hanya ALLAH sahaja yang sanggup melakukannya. Hanya ALLAH sahaja yang akan mengingatimu meskipun engkau lupa padanya, malah gembira engkau mengingati-NYA walaupun sekejap.
Ilham,
Bukalah hatimu. Terimalah ALLAH sebagai kekasihmu. Dia mengingatimu tatkala engkau melupai-NYA. Dia mencintaimu tatkala engkau berpaling dari-NYA. Dia cuba menggembirakan hatimu tatkala engkau sedang bersedih. Dia Maha Berkuasa untuk membalikkan hatimu, mengubah hatimu dengan sekelip mata, malah lebih sekejap dari itu, tetapi memilih untuk bersabar dalam mengambil hatimu, memujuk hatimu. Dia tetap bersabar apabila engkau berpaling dari-NYA dan berjumpa dengan orang lain ketika meluahkan perasaanmu. Dia bersabar tatkala engkau mengeluh dengan perancangan-NYA. Dia berada di sisimu tatkala engkau berjumpa dengan orang lain untuk memujuk hatimu. AKAN TETAPI, tatkala engkau mula mencarinya setelah tiada yang dapat membantmu, DIA dengan pantas, dengan cinta dan kasih-NYA, melebihi kasih seorang ibu, menangkap dirimu, menggengam tanganmu, memeluk dirimu, dan cepat-cepat memujukmu, tanppa engkau sanggup berkata-kata. Dia memaafkanmu tanpa engkau sempat mengucapnya. Dia menunggumu, mendengar setiap bait yang keluar dari dirimu, dengan penuh teliti, dan gembira apabila engkau menjadikan diri-NYA sebagai kekasihmu. Dialah cintamu yang sebenar! Dialah segala-galanya! Dialah ALLAH TAALA!
Ilham,
Dia yang ingin melihat kejayaanmu. Dia tahu akan segala kelebihanmu. Dia tahu akan segala kelemahanmu. Jagalah dirimu baik-baik. Dia senang melihatmu menjadi hamba-NYA. Dia ingin melihatmu berjaya menemui-NYA dengan keadaan yang sempurna di akhirat kelak. Belajarlah rajin-rajin kerana awak akan memberi kebanggaan kepada Kekasihmu. Ingat. Cintakanlah seseorang tidak lebih dari awak cintakan ALLAH.
                                                                                    Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Please do leave a message.. I would like to know your opinions on the case... Or a story you would like to share perhaps.. Thank You and Assalamualaikum..
No abusive words are allowed in this blog..

Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."