Type Here If You Want Anything In This Blog Of Mine..

Friday, November 25, 2011

Ujian Datang Lagi...

Bismillah,
Kenapa? Aku sentiasa tertanya-tanya.. Apakah salahku sehingga begitu engkau melayanku. Hatiku begitu rapuh, tetapi, setelah apa yang berlaku, alhamdulillah, kali ini aku dapat menahan ombaknya dengan penghadang yang telah ku bina dari memusnahkan perasaanku dengan seteruk-teruknya.. Ku sedang mempunyai satu lagi masalah dengan Farhan. Hatiku begitu sakit, menahan kepiluan di hati ini...

Taklah aku menyalahkan ALLAH TAALA, dan aku tidak salahkan takdir.. tetapi, aku ingin tahu kenapa jadi begitu, tolong hentikan sikap menutup segalanya tetapi menzahirkan masalah tersebut pada masa yang sama. Tatkala aku bergembira bertemu semula dengan kawan lama, dia pula menghilangkan diri.. Apalah kesalahanku, aku memikirkannya begitu dalam sehingga diriku terhuyung-hayang, pening kepala kerana memikirkannya...

Apakah sebenarnya yang terjadi? Ingin aku ketahui apakah yang sebenarnya terjadi.. Hidup ini begitulah, sakit sekali apabila memikirkannya.. ALLAH sahaja tempatku mengadu, segala masalahku, kerana aku tahu, segala solusi pada sebuah masalh, hanya pada-NYA..

Apa Yang Dah Berlaku..?

Bismillah..
Alhamdulillah, saya dah bertemu semula dengan kawan-kawan lama saya semasa tahun 6 2007 dulu, yang sama-sama berjuang untuk UPSR di Sekolah Rendah Kebangsaan Pujut Corner, rasanya, itulah cara ALLAH inginkan. Teringat lagi kata Al-Imam Ghazali... Jangan sedih sekiranya ada seorang benci kamu, kerana masih ada ramai lagi yang menyayangimu.. Betullah, ALLAH beriku 22 orang kawan rapatku semula setelah mengambil Awi. Dan untuk itu, ternyata aku rasa bersyukur sangat..

Ada orang bertanya, kenapa aku tidak pernah marah? Bagaimana nak marah? Bagiku, marah begitu memenatkan. Diam lagi senang. Aku tidak suka orang membenciku... Kerana perasaan dibenci itu begitu menyakitkan. Pandangan orang yang membencimu itu penuh kutukan.. Tidak terniat di hatiku untuk memarahi orang.. Lagipun, aku prang yang begitu susah untuk marah, tetapi kalau marah, begitu susah untuk rede, tetapi, sekiranya orang itu buat baik sedikit sekalipun, seperti senyum, marahku terus hilang dan aku memaafkannya.. Meskipun, hatiku maut, pedih dan parah kerananya..

Kenapa aku tidak lepaskan Awi? Hmm Pertama kerana aku telahpun berjanji dengannya aku tidak akan lepaskan dia walau apa pun yang berlaku. I am not the one who back out my own words. Aku teringat lagi balasan bagi orang yang memutuskan silaturahim.. dan aku tidak ingin memulakannya.. Aku cinta ALLAH dan Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. dan aku ingin jumpa Nabi kesayanganku, S.A.W. di akhirat kelak. Aku sentiasa bersikap optimis dengan kelakuan Awi sekarang ini kerana aku tahu, terdapat suatu masa kelak, ALLAH akan memperbaiki semula hubungan kami, dan ALLAH Maha Perancang. Dia mungkin akan sentiasa membenci aku, dan jawapanku untuknya adalah kata-kata Saiydina Ali K.W. kepada pembunuhnya," Aku mengasihi lelaki itu tetapi dia memusuhi diriku". Begitu indah kata-kata Saiydina Ali K.W..

Sebagai seorang remaja, aku tahu, Awi masih tidak faham dengan semua ini. Baginya, semua ini begitu senang untuk didapati. Baginya cinta ILAHI itu di mana-mana sahaja. Namun dia harus ingat hidayah tidak datang begitu sahaja. Aku tidak berapa suka dengan sikap orang yang menyembunyikan masalah yang berkaitan dengan diriku, kemudian menjauhkan diri tanpa memberitahuku apa yang telah terjadi..
Ku pasrah dengan takdirNYA, dan aku tahu, aku harus memajukan diriku terlebih dahulu sebelum aku bertemu semula dengan mereka... InsyaALLAH.

Tuesday, November 22, 2011

KebesaranMu


Bismillah,
Ini setakat ingin mengingati semula ILAHI, dengan lagu.. Kadang-kadang kita boleh juga mendengar lagu kerana selagi ia bukan untuk tujuan keagamaan lain, kerana maksiat atau menyebabkan kita tidak menunaikan solat, fanatik atau berlebih-lebihan, maka ia diharuskan... Berdasarkan Al-Imam Al-Ghazali,
Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Untuk itu saya sertakan sekali liriknya agar kita dapat hayatinya bersama-sama..
Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]
kebesaran-Mu Tuhan

Saya melakar isu ini kerana saya telah diberitahu oleh beberapa fulan bahawa mendengar muzik itu haram. Itu pendapat mereka, maka ini pula adalah pendapat saya. Tidakkah terdapat sebuah hadith apabila Rasulullah membenarkan tiga orang perempuan menyanyi setelah mendengar Saiydina Abu Bakar r.a. menegur Saiydatina Aisyah rh.a mengenainya?

Labuhnya Tirai Kehidupan...


Tirai kehidupanku hampir berlabuh... Matahari yang berterusan menyinari kehidupanku juga telah sampai ke sempadannya, menyatakan kesidahannya meninggalkan ku dalam kegelapan yang semakin hampir.. Dunia Sekolah Menengah Sains Selangor menjadi sebuah memorial di peta pemikiranku. Di kala aku bertungkus-lumus menghadapi SPM, aku teringat akan semua kenangan dan memori yang telah bertapak sejak tingkatan 1 lagi.


Apakah kini aku harus bersyukur dengan pencapaian hidupku sepanjang sekolah menengah ini..? Jawapannya adalah tidak. Tidak kerana aku masih memerlukan kekuatan diri ini untuk menempuh ujian yang lebih besar dari ini. Dalam masa beberapa hari lagi, aku bakal menamatkan sebuah lagi bab kehidupanku sebelum membuka sebuah lagi chapter kehidupan yang baru. Persediaan menempuh kehidupan yang baru adalah dakwat dan pena berupa pengalaman yang ditimba dari telaga kehidupan SMSS. Ce... inilah yang dikatakan bermadah...


Kehidupan ini ternyata menjadi lebih sukar apabila umur kita semakin meningkat. Kehidupan tak semanis dulu, tetapi menjadi lebih indah dan berwarna-warni. Aku harus meneguhkan semula diriku pada ALLAH, dan tidak lagi terhuyung-hayang ketika balik semula ke rumah kelak. Semakin ke mengerti kenapa usaha menggapai cinta ALLAH ini begitu susah, rupa-rupanya kita masih terikat lagi dengan helah-helah dunia. Aku takut sebenarnya.. Kerana sepanjang 5 tahun ini, aku telah mengambil langkah bersembunyi di sekolah berasrama penuh yang menghalang segala pengaruh luar dari menceroboh masuk ke dalam minda kami..


Adakah kini aku larat menemui jalan keluar, adakah tembok keimanan aku terdaya menahan gelombang fitnah yang bakal ku hadapi seperti mana dunia ini semakin tak terdaya menahan bencana yang semakin giat berlaku... Ku pohon pertolongan dari-NYA setiap kali selesai solat, selesai menunaikan sujud kepadaNYA agar bertetap teguh dalam pendirian yang telah kubina sepanjang 5 tahun ini. Ku tahu, akhlak dan tradisi kaum yang dipertahankan selama ini bakal menemui kekangan yang lebih besar, iaitu globalisasi kehidupan dan masa...


Ku merindui saat-saat lalu dimana aku tidak perlu memikirkan semua ini.. Haha, dan sehingga kini, ingatanku terhadap adik-adikku masih lagi utuh, menghimpun segala memori dan peringatanku berikan kepada mereka untuk diaplikasikan ke dalam hidupku. Bagiku, tak guna mengajar orang sekiranya kita sendiri tidak mengaplikasikan ke dalam hidup kita, Betul tak? Allah menjadi tempatku bersandar, memohon bantuan dan merintih akibat segala dugaan yang ku hadapi setiap hari.. Perlukah aku menghadapi ujian yang sama lagi selepas ini? Aku harap tidak kerana ujian yang ku hadapi sekarang ini sudah terlalu berat sehingga aku ingat aku akan jatuh terjelopok... Ya ALLAH, Ya Rabbi...


Penatku berfikir, bagaimana aku harus selesaikan masalah antara aku dan Awi? Aku tidak pernah mencetuskan apa-apa pergaduhan pun.. Tetapi dia tergamak mengatakan aku bergaduh dengannya... Hai, keriasuanku terhadap Farhan semakin tinggi sehingga ke tahap melebih-lebih. Dia kata ada masalah tapi rahsia. Adakah ini yang menyebabkan dia menyepi? Bagaimanakah aku ingin berkomunikasi dengan Megat padahal dia tidak mempunyai apa-apa telekomunikasi? Hai, Amin pun dah menghilang... Tetapi, dia, tiada masalah yang harus aku fikirkan, alhamdulillah...

Ini adalah sebahagian dari sahabatku tulis..

 Fatimah An-Naisaburi r.a, beliau berkata: "Barangsiapa yang tidak dapat memperoleh perhatian daripada ALLAH, mereka akan melangkah kaki mereka ke mana-mana sahaja tempat dan bercakap apa sahaja mengikut kemahuan hati mereka. Barangsiapa yang diperhatikan ALLAH, mereka akan membisukan mulutnya kecuali kebenaran serta sentiasa mempunyai sifat malu dan ikhlas kepada-NYA." Beliau juga berkata: "Pada hari ini,orang yang jujur dan bertaqwa bagaikan dilautan yang bergelora, terumbang-ambing dilambung ombak. Dia berdoa kepada Tuhannya bagaikan orang yang tenggelam, memohon supaya dikeluarkan daripada peraka dan selamat." Beliau juga berkata: "Barangsiapa yang beramal kerana ALLAH agar dapat bermusyahadah, mereka ialah orang yang makrifat dan barangsiapa yang beramal agar dilihat ALLAH, ia adalah orang yang ikhlas."


Berdoalah kepada ALLAH, agar kehidupan kita menjadi semakin berkat dan bukan sahaja berjaya di dunia dan akhirat. Hidup ini tidaklah tempat untuk bergembira, juga bukan untuk bersedih, dan sebagai seorang hamba ILAHI, aku cuba menyimbangkan hidupku dengan memasukkan agamaku kedalam kehidupanku.. Wallahu a'lam..

Kekangan Dan Cabaran Dalam Mempertahankan Sebuah Persahabatan..

Bismillah,
Sesungguhnya, persahabatan antara aku dan dia, iaitu Mat Awi, telah mendapat cabaran dan dugaannya yang tersendiri sejak awal perkenalan lagi.. Betullah, drama kehidupan bersamanya ibarat drama sinetron atau mega movie Malaysia.. Ku tahu, ujian ini adalah ujian ALLAH hadapkan padaku untuk menguji cintaku pada-NYA, dan kekuatanku dalam mempertahankan sunnah Rasulullah SAW ini.

Pada awal perkenalan, iaitu pada bulan Mac 2011, aku telah ditahan oleh beberapa orang sahabatnya, meminta kepastian adakah benar aku akan bersahabat dengannya.. Jawapanku, tidak lain tidak bukan ya. Mungkin para pembaca ingat aku ini seorang yang betul-betul terlebih dalam melakar semula sebuah memori yang setelah sekian lama tersimpan umpama sebuah rekod lagu yang telah tua dimamah zaman... Jawapanku solah-olah sebuah kejutan bagi mereka.. Hai, kerutan wajah tak percaya dan terkejut siapalah yang tak kenal..? Betul tak? Kenapa? Ku cuba ajukan soalan pada mereka. Ternyata hampir semua mereka tidak bersetuju dengan cadanganku untuk berkawan dengan Awi, apatah lagi mengambilnya sebagai adik angkat. Apalah yang teruk sangat, ku tanya. Mereka jawab, "Abang dan dia tu tak sama. Itulah masalahnya. Kami kawan dia kami tahulah." Bukan setakat kawan senegeri, yang tak senegeripun cakap begitu.. Akhirnya, aku bernekad juga untuk mengenali dia..

Kubawakan berita ini kepada keluargaku. Sebaik sahaja mereka tahu, mereka menetang kehendak hatiku. Kata mereka dia tak sesuai dengan aku, tak setuju hanya kerana perbezaan status dan kebencian mereka terhadap kalangan lelaki Kelantan. Apabila aku kata aku bertekad juga, mereka mula memaki hamun aku, malah tergamak memukul aku hanya kerana aku ingin mengenalinya. Babak ini, tidak perlulah aku ceritakan. Peritnya hati ini tetapi ia tetap tidak dapat mengenal erti putus asa, kerana setiap bait, setiap libasan dan setiap hentaman aku terima menyebabkan kehendak aku semakin menebal. Ternyata kedegilanku membawa kepada konklusi ini: Aku akan menjalinkannya, kerana lain orang lain pendapat, dan aku tidak akan memakai pendapat lain selain apa yang aku sendiri percaya dan hadapi. 

Aku yakin, ada yang tertanya-tanya kenapa mereka buat sebegitu, betul tak? Pertama sekali,disebabkan statusku yang ternyata berbeza dengannya. Keluargaku keluarga kaya. Kami juga masih terikat dengan tradisi kami seerat-eratnya.. Orang lelaki Kelantan disifatkan sebagai malas kerana suka melepak dan sebagainya meskipun disanjung kerana ilmu agama mereka yang tinggi, selain semangat kenegerian mereka yang begitu menebal di hati. Adakah aku harus memakan kata-kata orang yang tidak pernah mengenalinya sebagaimana aku yang ingin mengenalinya? Tidak...

Di sekolah pula, sahabat-sahabat rapatku begitu pelik kerana aku ingin berkawa dengan orang yang mereka sifatkan sebagai 'nakal', 'kasar', 'suka menyakat' dan sebagainya yang tidak ingin ku tulis di sini kerana ia tetap menyakitkan hatiku. Aku hanya mengeluh kesedihan. Nampaknya, aku terpaksa merahsiakan perkenalan ini. Pada bulan Mei 2001, 5 haribulan aku menghantar 6 surat tawaran, menyatakan aku ingin mengambil mereka sebagai adik angkat. Antaranya siapa lagi kalau bukan Awi. Dialah yang ternyata aku sentiasa tertunggu-tunggu.. Dan di sana selepas solat Jumaat, di Surau Ar-Rahman, dia bersetuju....  

Sebagai kenangan buat Selamanya..

Alhamdulillah..
Batch Genesis adalah batch yang sentiasa bersamaku, menghadapi suka dan duka dan sebagainya. For me, walaupun kami semua macam berpuak kadang-kadang, tetapi apabila perpaduan itu diperlukan teramat sangat, kami akan bersatu-padu. Dah banyak perkara yang berlalu dalam sekelip mata... 2007, 2008, 2009, 2010 dan kni 2011..  Tentunya banyak yang saya dah jumpa, banyak yang dah saya kenal, hati budi mereka. Contohnya lelaki... mereka akan menjadi sentimental sampai menangis hanya nak minta maaf dan mengenang masa-masa yang lalu.. Perempuan.. Hmm, fikirlah sendiri..
Anyway ini adalah pelajar tahun 2011, form 5 Maju yang bersama-sama berjuang dengan cikgu yang sama..
 Ian Ilham
 Irfan
 Arif Ahmad
 Izhan Radzi
 Nadilah Norizam
 Fathin Sanusi
 Putri Emilda
 Amirah Majid

 Amirrul Zamri
 Amir Izzuddin
 Danial
 Hairil
 Mikail
 Ikmal Faiq
 Haziq
 Saiful Amri
 Amal Azri
 Amira Syahirah
 Aliah Farhana
 Rozalind
 Halimah
 Amanina Sakinah
 Ai'en Zarin

 Syahiran
 Jeevan
 Rafiq
 Fazira
 Athirah
 Syairah
 Afiqah

Pertemuan Pertama Dengannya....

Bismillahirrahmanirrahim...
Bermadah... Tugasnya adalah memaniskan kata-kata, agar terasa nyaman kepada perasa si pembaca, atau pendengar... Kawanku pernah menulis, melakar ayat seperti ini: Hidup kita seperti lalang, apabila angin meniupnya kesana, ia melentok kesana, apabila anginnya meniup kesini, ia melentok kesini.. Begitulah kehidupan, dalam pandangan kawanku..

Ternyata, sesiapa yang melihat adikku ini, mereka boleh merasakan kekaguman yang tiada tara bandingannya..(okay, yang ini agak berlebihan tetapi..). Ternyata siapa yang tidak kagum melihatnya.. Pandangannya begitu lembut, tetapi pada masa yang sama tajam, hati kadang-kadang gusar, adakah pandanganya sebegini dan sebegini? Secara fizikal, dia seorang yang cukup sempurna.. Sempurna sekal, terutama sebagai seorang atlet. Senyumannya tidak boleh dijual beli dengan apa-apa di dunia ini.. Kadang-kadang, aku terasa seperti lain, apabila bersamanya.. kerna kau sanggup mengorbankan segalanya untuk meneruskan perjalinan persahabatan ini.

Hidup ini seperti drama, kita tahu plot ceritanya, cuma wataknya berbeza. Dan dalam setiap drama, ada saspennya tersendiri. Begitu juga ketika aku melalui hidup bersama orang yang kusayang, orang yang ku anggap seperti adikku sendiri. Kini, aku tahu, bahawa dia tidak berpuas hati denganku.. Apakah sebabnyapun aku tak tahu.. Mungkin inilah salah satu dari saspensnya.. betul tak? Selagi nyawaku, belum ditarik, selagi itu aku tidak menghampiri penghujung jalan cerita..

Pertemuan pertama kali membawaku pada percutian pertama pada tahun ini di Sekolah Menengah Sains Selangor. Pelajar Kelantan dalam persediaan untuk pulang ke tanah air mereka.. Kadang-kadang aku terasa cemburu kerana mereka boleh pulang ke tanah air mereka setiap kali cuti tetapi berlainan pula denganku yang tanah airnya terpisah oleh sebuah lautan.. Aku terinagt lagi dengan siapa ku cakap sehinggalah dia melintas sambil bermainlah... Terdetak dalam hatiku ingin mengenali dengan lebih mendalam mengenainya.. Dari tag namanya yang lama itu, aku sempat tahu namanya adalah Mat Awi bin Che Deraman...
Dari sahabat handainya, aku diperkenalkannya sebgaia seorang yang kasar, terutama dalam bermain. Dia juga seorang yang menjengkelkan selain suka menyakat orang. Aku diperkenalkan kepada seorang pelari pecut Pasir Mas.. Dia seorang yang fanatik kepada bola dan ramai tidak suka akan dia kerana dia juga seorang yang bersifat kenegerian.. Maklumat ini dari orang yang bukan senegeri dengan dialah..
Tetapi, dalam jiwa ini, terasa sesuatu  yang dipanggil sebagai semangat inkuiri yang begitu tinggi... Hmm.. pada pendapatku, selagi aku tidak terkena, selagi itu sifat-sifatnya tidak terbukti, dan aku tidak mengambil endah nasihat sahabatnya untuk tidak berkawan dengannya.. Aku ternyata seorang yang akan melakukan sesuatu yang bertentangan terutama bab perjalinan persahabatan ini.. Adakah perkenalan dengannya nanti akan menyebabkan apa-apa yang tak patut..? Fikirku. Tak. ALLAH sahaja yang mengetahui betapa kuatnya aku ingin berkenalan dengannya... Wallahu a'lam.





Shila - Memori Tercipta

Sunday, November 20, 2011

Ku Kenalkan, Ini Adalah Muhammad Farhan... Seperti Yang Dipandang..

Sepanjang perkenalanku dengan pelajar tingkatan 1, banyak kenagan yang telah berlalu... Episod-episod cerita berlatarkan Awi, Amin, Farhan, Megat dan Rohaizad boleh ditemui, siri demi siri.. Kenapa aku memulakan perkenalan dengan seorang insan yang bernama Farhan ini..? Kerna dialah yang paling kerap bersamaku, paling kerapku temui sepanjang beberapa minggu ini..
Ku memulakan dengan pertemuan dengannya semasa aku bertemu dengan Ubaidillah... salah seorang lagi adik angkatku yang membawa banyak persoalan seperti Awi sebelum ini. Adakah aku ada masalah dengan orang Kelantan? Atau sememangnya orang Kelantan adalah sebegini? Pertama kali lihat dia, ku dapat rasakan bahawa insan in bukanlah sebarang insan.. Dia mempunya alis mata yang agak tajam, dan kerutan wajahnya yang terlampau setiap kali dia tak faham begitu menghiburkan hati insan ini.. Dia mempunyai fizikal yang cukup sempurna. Dan dia seorang pelari pecut yang boleh tahan..
Dalam banyak-banyak adik beradik, dialah yang paling banyak berkongsi rahsia dengan diriku.. Kami rupanya ada persamaan dalam beberapa segi.. Dia seorang yang melucukan dan dia sememangnya banyak bermain... Taklah sebanyak Amin.. tetapi.. Dia boleh menjadi seorang yang kasar kadang-kadang... tetapi kebiasaannya dia baik-baik sahaja.. Dia sangat berani dan tak kisah dengan tohmahan dan ejekan orang terhadap dirinya dengan insan sepertiku... Lagi, dia seorang yang berani cakap kuat-kuat dan secara spontannya memanggil aku brother dia.. Dialah yang sanggup menemaniku tatkala aku menyambut hari jadiku, dan bukan adik yang lain. Dia menganggap aku sebagai abangnya dan tiada daya yang boleh menghentikan aku dari menyayanginya. Tatkala aku menaip ini, kepiluan hati itu semakin membesar. Farhan begitu percaya denga segala kata-kataku meskipun ia bertentangan dengan katanya. Dia tak suka kata-katanya ditentang..
Dia seorang yang senantiasa menemaniku pada waktu malam dan mengetahui bahawa aku lemah dengan keadaan orang yang merajuk... dan dengan itulah dia akan memenangkan dirinya.. haha.. Farhan anggap dirinya sebagai kreatif... Aku tak tahulah tetapi mungkin kali ini, saat ini aku bersetuju.. Bagiku, dia seorang yang manja dihadapanku... Begitu juga Awi...
Akan Bersambung... InsyaALLAH.. kerana sesungguhnya pengalaman tidak tergambar dengan kata-kata...

Luahan seorang Perindu..

Pilunya hati ini apabila merenung semula masa yang telah berlalu. Bukan kerana teringatkan mati, kerana apabila kuingat akan kematian, aku terasa takut, tetapi kesedihan ini berpunca dari perpisahan yang berlaku sejak semalam.. Lihatlah, semalam, semua sahabatke telah pulang ke negeri dan tempat tinggal masing-masing... Ini termasuklah adik-adik angkatku sekalian... Mereka masih tidak faham perasaan seorang abang sepertiku.. Bagi mereka kehidupan ini masih begitu seronok untuk mengimbau matlamat dan tujuan sebenar kehidupan ini..
Kenapa, mungkin si pembaca tertanya-tanya, Awi sentiasa ditulis di sini..? Awi banyak muncul di dalam blog ini kerana dialah, sebelum diejek dan dibahan oleh kawan-kawannya, yang begitu rapat dengan aku. Tetapi disebabkan mulut-mulut kawannya, dia tergamak memalingkan diri dari persahabatan yang telah lama dibina dengan hati-hati, berasaskan ukhuwah islamiyyah yang begitu sukar dibina...
Tetapi, jiwa ini tetap bersabar dengan ujian yang menimpa ini, ujian yang hampir menggugah kehidupan seorang insan yang lemah sepertiku... Aku tetap sedar akan peringatan yang sentiasa diasak ke dalam memoriku, Inilah ujian dari-NYA, sebagai satu dugaan terhadap iman yang sentiasa terpelihara dari dunia luar. Sebagai satu bukti bahawa ALLAH mencintaiku. Sebagai satu cara untuk menghapuskan dosa-dosaku...
Aku sentiasa mendoakan Awi agar tidak jatuh, tidak terjelopok di atas jalan yang telah gah terbina menuju ke nur Ilahi. Namun, melalui mata ini, ku dapat melihat bagaimana dia seperti mabuk tidak dapat berjalan dengan betul untuk mencapai matlamat hidupnya, terhuyung-hayang dan paling sedih dia tidak dapat menerima diriku apabila aku cuba untuk membantunya.. Ya ALLAH, apa salah hambaMU ini..? Kini aku hanya dapat mendoakan kesejahteraan hidupnya, dan berjanji pada diriku, aku akan mencarinya apabila aku berjaya supaya aku dapat buktikan bahawa persahabtan yang terjalin tidak pernah menjadi suatu yang sia-sia.. Awi seorang yang begitu istimewa di dalam hati ini.. Meskipun diri ini telahpun terluka akibat perbuatannya... Biarlah ALLAH sahaja yang menjadi hakin antara kami berdua.. Pun begitu, tiada orang yang asing yang lebih kusayang selain Awi, yang lebihku pentingkan selain darinya. Tetapi hanya seorang sahaja yang tetap menggamit hatiku seluruhnya... itulah Muhammad Farhan bin Muhd Shaman, tiada yang dapat mengambil hatiku selain dari Amin.. dan tiada yang dapat memberi senyuman yang lebih manis dan lebih matang selain dari Megat Aiman...
Bagiku,
Mereka percaya hanya pada cinta fitrah.. Tiada lebih dari itu. Kerana mereka lebih amalkan cinta Ilahi sebagai satu teori yang indah untuk dituturkan, untuk dinisbahkan dan bukan secara praktikal... Walau apapun, mereka tetap sahabatku dunia dan akhirat... Aku cintakan mereka kerana ALLAH dan Rasulullah SAW.. Ku tujukan lagu ini buat adik-adikku..

Lirik Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa



Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saturday, November 19, 2011

Buat Persahabatan Yang Telah Berputik...

Buat adik-adik angkatku... Ku utuskan lagu ini sebagai medium meluahkan perasaanku...
Muhammad Farhan bin Muhd Shaman
Megat Aiman Amieny bin Megat Zahiran
Wan Ahmad Amin Noor bin Wan Bustamam
Mat Awi bin Che Deraman
Mohamad Rohaizad bin Kamaruzzaman
Muhammad Ubaidillah bin Amran
Nik Ahmad Rusydan bin Nik Ideris


Buat sahabat-sahabatku yang bersama-sama meneruskan perjuangan denganku...
Muhammad Farhan bin Rohan
Muhammad Nuriman bin Ahmad Sulaiman
Mohd Raziq bin Khirudin
Arvin Raj a\l Gnanasegaran
Farah Nabilah binti Husin

Nur Liyana
Umi Nabihah
Muhd Shukri bin Nordin

Buat insan yang istimewa dalam diari kehidupanku...
Aiman Syamim bin Md Nasir
Muhammad Arif bin Azmi
Muhammad Mokhsein bin Abdullah

Shazwan Ikhmal bin Joary
Thaqifah

Lirik Lagu Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah



Aizat - Sahabat

Memori yang Termaktub..

Ini adalah antara lagu kegemaran adikku.. Hey Soul Sister.. Saya hanya nak letakkan lagu ini kedalam blog ini agar saya sentiasa mengingati memori@kenangan bersama adik saya ini... Muhammad Farhan bin Muhd Shaman

Hey Soul Sister LyricsHey, hey, hey

Your lipstick stains on the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn't forget you, and so I went and let you blow my mind
Your sweet moon beam, the smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided, you're the one I have decided who's one of my kind

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight
Hey, hey,hey

Just in time, I'm so glad you have a one-track mind like me
You gave my life direction, a game show love connection we can't deny
I'm so obsessed, my heart is bound to beat right out my untrimmed chest
I believe in you, like a virgin, you're Madonna, and I'm always gonna wanna blow your mind

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight

The way you can cut a rug, watching you's the only drug I need
You're so gangsta, I'm so thug, you're the only one I'm dreaming of
You see, I can be myself now finally, in fact there's nothing I can't be
I want the world to see you be with me

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do tonight,
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight
Hey, hey,hey

Tonight

Hey, hey,hey

Tonight



Hey Soul Sister Train

Coretan Buat Diriku...

Kepada diriku,
Surat ini telah dicoret untukmu daripadaku. Kekasihmu begitu risau dengan keadaanmu yang semakn menjauhi diri-NYA. Semakin membenci-NYA. Dia ingin melihat dirimu bersabar dalam menghdapi ujian-NYA. Ujian-NYA hanyalah untuk melihat dirimu mampu untuk berjumpa dengan-NYA di Akhirat kelak. Tabahlah hadapi dugaan.
Lihatlah dirimu. Engkau mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Lihatlah sekelilingmu. Engkau tumbang dan terumbang-ambing dalam mengejar cinta-NYA, dengan jalan yang begitu berliku-liku, padahal Dia telah memberi jalan yang senang untukmu. Aku tahu, engkau mencintai adikmu. Engkau terlalu mengambil berat pasal dirinya. Engkau sanggup bersusah-payah untuknya. Tetapi untuk apa?
Berhentilah. Dia tidak sekalipun mengasihimu. Sudah tiba masanya awak lihat adik-adikmu yang lain. Mereka meraikanmu. Dia membencimu dan kedatanganmu. Awak ada Allah, Kekasihmu yang sebenarnya, yang kini bertanyakan dirimu. Tidakkah awak perasan, ALLAH tetap mengasihimu, meskipun engkau membenci akan kehadiran-NYA? Dia mencintaimu meskipun engkau tidak mencintai-NYA? Lihat, Awi tidak melakukannya tetapi ALLAH Azza WA JALLA. Hentikan dari menyakiti dirimu. Mulalah mencintai-NYA semula... Dia ingin melihat betapa lemahnya dirimu jika menghadapi ujian yang seperti itu tanpa bantuan-NYA.
Ilham,
Aku tahu engkau cuba untuk mengejar cinta Kekasihmu melalui dirinya. Tetapi ALLAH telah membuktikan, dia ternyata tidak sesuai dengan dirimu. Lihatlah diri awak yang berbeza dengan dirinya. Kekasarannya adalah perkara yang tidak pernah engkau lakukan.Dia telahpun bercouple, tengok benda yang blue dan mencarut. Latar hidupnya pula berbeza. Aku tahu, mungkin ini  yang menarik perhatianmu. Sedarlah, ALLAH sentiasa menasihatimu, zaman sekarang adalah zaman di mana orang meraikan yang buruk dan jahil sebagai perkara yang patut diikuti. Dan dia telah mengikutinya.
Ilham,
Jangan. Jangan jatuh kerana dia. Dia tidak menginginkan dirimu. Orang lain yang memerlukan dirimu. Bukan dia. Dia tidak menginginkanmu. Awak ada akhirat ubtuk difikirkan. ALLAH menginginkan sesuatu yang terbaik untukmu. Ada hikmah disebalik ujian itu, iaitu Awi. Jangan risau. ALLAH Maha Adil, ALLAH Maha Bijaksana. Cintailah ALLAH dengan sedalam-dalamnya. Pandanglah kepada Megat dan Farhan. Amin dan Rohaizad. Awi takkan mengingatimu. Hanya ALLAH sahaja yang sanggup melakukannya. Hanya ALLAH sahaja yang akan mengingatimu meskipun engkau lupa padanya, malah gembira engkau mengingati-NYA walaupun sekejap.
Ilham,
Bukalah hatimu. Terimalah ALLAH sebagai kekasihmu. Dia mengingatimu tatkala engkau melupai-NYA. Dia mencintaimu tatkala engkau berpaling dari-NYA. Dia cuba menggembirakan hatimu tatkala engkau sedang bersedih. Dia Maha Berkuasa untuk membalikkan hatimu, mengubah hatimu dengan sekelip mata, malah lebih sekejap dari itu, tetapi memilih untuk bersabar dalam mengambil hatimu, memujuk hatimu. Dia tetap bersabar apabila engkau berpaling dari-NYA dan berjumpa dengan orang lain ketika meluahkan perasaanmu. Dia bersabar tatkala engkau mengeluh dengan perancangan-NYA. Dia berada di sisimu tatkala engkau berjumpa dengan orang lain untuk memujuk hatimu. AKAN TETAPI, tatkala engkau mula mencarinya setelah tiada yang dapat membantmu, DIA dengan pantas, dengan cinta dan kasih-NYA, melebihi kasih seorang ibu, menangkap dirimu, menggengam tanganmu, memeluk dirimu, dan cepat-cepat memujukmu, tanppa engkau sanggup berkata-kata. Dia memaafkanmu tanpa engkau sempat mengucapnya. Dia menunggumu, mendengar setiap bait yang keluar dari dirimu, dengan penuh teliti, dan gembira apabila engkau menjadikan diri-NYA sebagai kekasihmu. Dialah cintamu yang sebenar! Dialah segala-galanya! Dialah ALLAH TAALA!
Ilham,
Dia yang ingin melihat kejayaanmu. Dia tahu akan segala kelebihanmu. Dia tahu akan segala kelemahanmu. Jagalah dirimu baik-baik. Dia senang melihatmu menjadi hamba-NYA. Dia ingin melihatmu berjaya menemui-NYA dengan keadaan yang sempurna di akhirat kelak. Belajarlah rajin-rajin kerana awak akan memberi kebanggaan kepada Kekasihmu. Ingat. Cintakanlah seseorang tidak lebih dari awak cintakan ALLAH.
                                                                                    Assalamualaikum..

Mengekang Kenangan Terbukti Tidak Berhasil..

Assalamualaikum..
Dalam dunia yang serba fana ini, ingin aku mengakhiri sebuah kisah yang begitu menggamit seluruh kehidupanku untuk menelaah, menghafal dan mengukir kembali ayat-ayat cinta yang sedaang berkumpul menjadi satu gumapaln di hati ini... Itulah gunanya aku mencintai ALLAH. Kerana itulah aku mencintai adik-adikku..
It is time to move on.. I need to close the very chapter of my life that took every heart, every will to be strong so I could live till the days end.. This chapter is so special not because I'm in my last year of high school, but the very people I met in my life as a Form 5 student.. Special thanks to my dear brothers in SMSS, specially to Muhammad Farhan, Megat Aiman, Mat Awi, Ahmad Amin, Rohaizad, Nik Rusydan and Ubaidillah
I need to prepare for a new chapter to set in, but first, I need to end this chapter with a 9A+ in SPM, a happy ending...

Sepanjang mengenali mereka, kini dan selamanya, aku percaya kepada cinta ALLAH, alhamdulillah, dan aku kini cuba untuk mencoret sebuah kugiran matlamat hidupku yang berubah sejak aku mengenali mereka. Aku harus menunggu mereka membesar baru aku menyiapkan diriku untuk memahamkan mereka cinta suci ini.. Mereka menghadapi dugaan dengan cara mereka sendiri. Ada yang berjaya, seperti Muhammad Farhan, ada juga yang jatuh kecundang seperti Mat Awi, akibat tidak dapat menanggung keperitan diejek dan dibahan keana rapat dengan senior seperti diriku.. Allah dan Rasulullah sahaja yang mengetahui bagaimana diriku sendiri terpaksa bertahan untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya.. Lantas, aku mengambil langkah bersabar.
Ku telah berjanji dengan diri sendiri bahawa aku akan mencari mereka semua semula setelah aku berjaya mendapat cita-citaku iaitu sebagai Geneticist, Ahli Sejarawan, Ulama' dan juga Direktor untuk sebuah pusat penyelidikan yang akan didirikan dengan usahaku sendiri.
Allah dan Rasulullah sahaja yang mengetahui perasaan yang bergelodak di dalam diriku ini, begitu sensitif dalam menghadapi uijian emosi yang begitu mengganas setiap minit, sehinggakan aku sendiri hampir kecundang sekiranya aku tidak ingat  akan kehadiran ALLAH untuk menemaniku tatkala aku masih bersedih dimamah perasaan.
Aku harus bangkit semula untuk bersemuka dengan mereka semula. Aku harus berjaya dalam mencapai cita-citaku. Aku harus berani dalam menegak semula sunnah Rasulullah SAW, kerana aku tahu, pelbagai jenis rintangan yang perlu dihadapi demi menegakkan sunnah baginda SAW. Termasuklah ujian diejek dan dibantah... Ku harus kuatkan diriku agar Islam tidak lemah seperti kini, supaya Islam dapat tersebar dengan cepatnya terutama Sarawak, negeriku yang tercinta. Miri, harus dapat hidayah ALLAH, agar nurNYA bersinar, menerangi segala jenis ceruk yang ada di Miri, supaya satu bahagian ini dapat meraih cahaya hidayahNYA.  

Friday, November 18, 2011

SPM...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..
Setiap masa semakin penting untuk membawaku kearah perjalanan hidup di dunia luar setelah bersekolah menengah selama 5 tahun.. Peperiksaan SPM sudahpun bermula... Tak terungkap kata-kata, kala aku bergelut dengan kesulitan emosi, ku terpaksa melalui peperiksaan yang begitu penting dalam menentukan hala tujuku di dunia kelak. Aku tahu, tiada guna kita untuk melihat semula kebelakang...
Ada beberapa orang shabat dan orang yang kukasihi di sekolah ini, malahan dunya wal akhirah tidak sanggup untuk bertahan dengan ujian yang sedikit dalam meneruskan pertalian silaturahim ini.. Namun aku tidak ingin berputus asa... Kutetap meneruskan kehidupan seperti sediakala.. Cintaku yang pasti adalah kepada ALLAH dan Rasulullah S.A.W. dan tidak kepada yang lain.
Ada ketika kita tertanya-tanya kenapa kita yang terkena ujian berupa musibah sebegini... Tetapi aku tahu jawapannya, kerana kitalah yang larat menanggungnya, kitalah yang paling layak dan kita sanggup memikulnya. Allah tidak akan menurunkan musibah ke atas kita melainkan yang terdaya oleh kita dan ALLAH sahaja yang tahu daya kita. Allah menurunkanujian itu sebagai hikmah yang perlu diterokai, sebagai pengajaran yang berguna, pelajaran yang bermanfaat dan supaya kita tahan dalam menghadapi ujian yang serupa...
Kini aku tahu bahawa ALLAH begitu menyayangiku dan aku menyayangiNYA... Lihatlah adik-adikku.. Mereka lah yang dikatakan.. Ku dapat lihat mereka terjatuh, terumbang-ambing cuba untuk menghadapi dugaan, tumbang dalam pencarian sendiri, namun aku hanya mampu melihat dan memberi sokongan moral dari jauh, sejauh mata yang memandang..
Aku cuba untuk menerapkan perumpamaan ini kedalam jiwaku.. Daripada bergelumang dengan tahi, lebih baik mati bertimbun bunga..
Kepada Mat Awi bin Che Deraman atau Mat Awi,
Sungguhpun engkau begitu cuba menjauhi diri dariku, akibat tidak dapat menahan ujian yang menimpamu, aku tidakkan meninggalkanmu walau sesaatpun.. Aku akan sentiasa mengenang segala memori yang tercipta di antara kita, bagaimana engkau sangggup membimbing aku saat yang lain tidak mahu, bagaimana engkau memegang tanganku seeratnya, tidak seperti yang lain, memikirkan yang bukan-bukan dan bagaimana engkau sanggup menemaniku berjalan pulang ke masjid saat yang lain tidak mahu... Syukran, Jazakallahu khairan...

Monday, September 5, 2011

Raya Menjelma...

Bismillahir rahmanir rahim. Syawal menjelma lagi, membawa bersamanya keriangan orang yang berjaya menunaikan puasa mereka selama sebulan. Bulan Ramadhan, berlalu pergi tanpa menjenguh semula, membawa bersamanya keberkatan yang tiada tandingannya di bulan- bulan lain... Saya pulang semula ke tanah air tercinta, melihat perubahan-perubahan yang sangat pesat, suatu kemajuan... Tetapi hati ini sedih meninggalkan bulan Ramadhan, tidak mahu melepaskannya pergi.... Menandakan bahawa hari semakin singkat, masa semakin suntuk.... Pemikiranku pula menjengah memori-memori lama, kesalahan yang telahku lakukan terhadap adik-adikku, tidak tahu kalau mereka terima atau tidak....

Saturday, August 20, 2011

Kenangan...

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Kehidupan sangat indah... Dan saya takkan berhenti menganggap kehidupan adalah sebegitu rupa. Tak lama lagi harijadi adik angkat saya, Muhammad Farhan Shaman. Sebelum bertolak, biarlah saya mencoret sedikit.. haha.... Saya akan sentiasa ingat hari-hari yang telah berlalu dan mendambakan hari-hari yang terkemudian. Saya tahu, kita sebagai hamba-NYA hanya dapat merancang. Setiap saat yang dilalui terasa begitu berharga kerana adanya teman yang kita kasihi sentiasa ada di sisi.

Tetapi, kadang-kadang kita akan dikuasai kecemburuan yang teramat hanya disebabkan orang yang dikasihi itu lebih bahagia dengan orang lain... Sememangnya saya sedar kehidupan ini adalah memberi dan menerima. Saya tak sepatutnya berasa cemburu. Siapa lagi kalau bukan Farhan Shaman dan Mat Awi...
Penagajarannya....:
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah ALLAH yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
 
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
 
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
 
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Saturday, August 13, 2011

And The Epic Begins Again....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kehidupan,
Saya mendapat tahu awak telah menyebabkan kawan saya terkantoi fly. Tetapi tak apa, sudah menjadi takdir dia kena begitu. Augustine adalah budak Sarawak dan saya akan tolong dia sebab itu. It's not that I am a racist or et cetera, and no, it does not because of anything else. Wait, mungkin saya sememangnya bersifat kenegerian. Saya terbelajar dari orang-orang terdekat saya...haha. Saya sekarang ini dalam perjalanan ke Yayasan Sarawak untuk tengok Augustine Danggau ak Michael Minggu..... Form 2, juga pelajar YS, so saya tak nak tinggalkan dia seorang diri. By the way, dia pun akan menemani saya dalam plan saya yang sangat secret.... I ill tell it after Raya, insyaALLAH.

Kehidupan,
Mat Awi kat mana ya? Susah dan membimbangkan pula dia tak ada di dorm. Dia balikke? Macam mana dia balik tak beritahu? Hai.... jantungku telah hilang secara tiba-tiba... begitulah perumpamaannya. Awi, hati-hati ya... di luar sana. Saya rasa dia akan balik kejap lagi, sebab dia kena hadiri something majlis berbuka puasa dengan something(I dont even remember what the name is). Saya ingin melihat permata saya yang ini lebih kerap... tetapi bagaimana ya? Saya rasa budak ni masih simpan sesuatu, tetapi saya tak tahu.... Nantilah.... saya akan cari caranya. Oh, semalam, lupa nak tambah, saya nampak Awi duduk di antara dua orang perempuan form 1. Dia bercakap dengan gaya yang agak berlembut. Macam orang zaman sekarang cakap dengan couple mereka. Tak sangka dia lemah lembut rupanya dengan perempuan, saya dah agak sangat dah.... haha... Apalah reaksi dia kalau dia baca ini. Bukan saya tak nak tegur, tetapi mereka dah satu batch dan saya tau ini bukan alasan untuk tegur mereka. Lagipun saya sendiri susah untuk menjaga batas pergaulan memandangkan sekolah dah bercampur. Memadai saya kekangkan penglihatan saya. Wallahu a'lam dan insyaALLAH, Kehdupan, saya sambung lagi.

The Time Is Short....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kehidupan,
Perhaps hidup ini memang mendesak. I always teringat semula each and every moment yang ada with full momentum because life is short. I have another three months left, before I leave Sekolah Menengah Sains Selangor and thus end my second period of schooling, after the first period which was Sekolah Rendah Kebangsaan Pujut Corner, Miri, Sarawak. What matters now is continuing to run after my dream....
Kehidupan,
Saya rindu dengan adik-adik angkat saya... They are my jewels, the illuminating light yang memancarkan cahaya mereka ke seluruh pelosok dunia saya. Kadang-kadang saya rasa agak cemburu kalau mereka berborak dengan senior lain, and to avoid this, saya akan sentiasa berdzikir kepada ALLAH, knowing that ALLAH akan sentiasa ingat hamba-NYA, terutama pada bulan ramadhan yang mubarak ini. Meskipun kita diajak untuk bercinta dengan saudara semuslim kita kerana ALLAH Taala, kesannya tetap begitu kuat sehingga saya dah jatuh hati pada adik-adik angkat saya. Tujuh sememangnya banyak, I can see that now terutama apabila saya hanya akan mengambil berat terhadap sesetengah daripada mereka, assuming that yang lain akan baik-baik sahaja. Tetapi, hakikatnya terbalik....
Kehidupan,
Awak mempunyai pandangan yang luas, beritahu saya apa yang Megat buat sekarang? Megat Aiman Amieny bin Megat Zahiran... sememangnya saya dah hafal nama dia, antara insan yang paling saya kasihi di dunia ini. ALLAH. Yuhibbullah Megat. Ke manakah Mat Awi sekarang ini..? Apa yang dia tengah lakukan? Sahur tak dia pagi ni...? Mat Awi bin Che Deraman... nama yang akan terukir di hatiku selama-lamanya. Orang yang paling saya kasihi dalam kalangan mereka. Adakah dia mengetahuinya? Dialah antara insan yang saya akan cari dalam sesuatu event, nak tengok dia buat apa. Saya rasa budak ni romantik... boleh cairkan hati seorang perempuan.... Tetapi, yang membezakan dia dengan budak lain yang saya jumpa ialah dia seorang yang mencintai hadith dan suka menulis nasihat-nasihat yang baik.... Dialah budak yang paling seronok untuk ditatapi, kerana kelakuan dia yang begitu melucukan..hahaha...Yuhibbullah, Awi. Wan Ahmad Amin Noor bin Wan Bustamam.... adik yang paling ku suka lihat kerana redupnya hati apabila melihatnya....Kehidupan ini begitu mengasyikkan apabila dia bergaul dan bermain dengan kita. Kehidupan ini menjadi sejuk dan tenang. Yuhibullah, Amin.
Muhamad Farhan bin Muhamad Shaman, adik yang paling aktif dan banyak bertanya... sangat terharunya hati ini apabila tahu yang kita menjadi sumber rujukan dia untuk menjawab soalannya. Saya rasa saya tak kisahpun kalau dia tanya soalan kat saya banyak-banyak...hehe.. semoga ALLAH memberkatinya. Dialah adik yang paling banyak saya pertahankan dalam kalangan adik-adik saya. Dan sampai sekarang saya ingat dia beri saya sebungkus apples, red in colour. Yes, adik ini adalah adik yang paling saya tak nak lepaskan... Yuhibbullah, Farhan. Muhammad Ubaidillah, permata pertama aku pilih dalam kalangan permata yang lain. Kesiannya, kesian kerana dia asyik diuji dengan pelbagai jenis perkara dalam hidupnya. Ubaidillah, seorang adik yang begitu mengurangkan tension kita kalau kita melihatnya. Kalau boleh, saya tak nak lepaskan dia, specialnya dia. Tension berkurang terutama pada bulan ramadhan, saya dapat lihat dia setiap kali menunggu berbuka. Yuhibbullah, Ubaidillah. Nik Muhammad Rusydan, adik yang paling tak banyak masalah dengan saya, malah paling normal dalam kalangan mereka semua, jumpa saya walaupun sedikit masa lagi tinggal, paling menghormati dan mengambil hati saya. Saya tak tahu kalau da perasan atau tak tetapi. keistimewaan dia dalam hidup saya adalah sifat dia yang begitu neutral...haha..Yuhibbullah Nik. Yang terkhir, siapa lagi kalau bukan Muhamad Rohaizad. Juga paling kerap jumpa saya dan paling banyak bercakap... hehe... kita takkan dapat peluang untuk bercakap mengenai pendapat kita jalaudia yang bercakap. Sangat menghiburkan hati kalau pada masa itu, hati rasa tenang.... Yuhibbullah, Rohaizad...
Sebelum warkah ini berakhir, kehidupan, inginku berdoa kepada Yang Maha Esa untuk kekalkan perhubungan ini. Amiin. Wallahua'lam.

Friday, August 12, 2011

Cintaku.....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Kehidupan,



Dalam dunia ini, tidak sangka cinta sebenarnya banyak. Tetapi hanya tiga cinta sahaja yang halal lagi selamat malah diberkati ALLAH. Tanpa cinta, mana mungkin kita menjadi seorang manusia. Apatah lagi, saya sebagai seorang remaja semestinya ada dugaan yang pelbagai. Kehidupan, apakah yang engkau ingin aku pelajari dari cinta.....



Mengejar cinta ALLAH begitu payah, rasa macam takkan tercapai dek upaya yang ada. Terasa terlalu jauh, atau mungkinkah hati ini masih jauh dari hidayah-NYA? Ya ALLAH, mana mungkin seorang hamba boleh jauh dari cintaNYA... Ku menunggu kehidupan ini agar terus berlalu.... kalau boleh tinggalkanlah aku.....



Pada hari ini, saya telah menerima lima surat yang berbeza penghantarnya, sejauh Johor dan sedekat Tempatku belajar, yang memintaku untuk bercouple.... ALLAHHU AKHBAR, ASTAGHFIRULLAH.



Tetapi, ku masih miliki cintaku kepada para saudara semuslimku, terutama adik-adik angkatku, agar dikasihi ALLAH dan Muhammad S.A.W.. Ku merasakan mereka masih belum boleh memahaminya. Tak apalah, biar lambat asalkan faham. Kurasakan minggu ini berlalu dengan cepat, dipenuhi dengan kenanganku bersama adik-adik angkatku, Megat, Awi, Amin, Ubaidillah, Rohaizad dan Nik... Kehidupan kian memuncak. Apakah mereka mengerti? aku takkan pernah tahu kerana itu adalah isi hati mereka yang terpendam. Tak sangka, sunnah rasul sabgat kulebihi daripada aktiviti kebiasaanku. Sekareang ini, aku menunggu masa berbukaku mengenang kemanakah perginya Mat Awi..... Jawapan takkan datang dengan segera. Ku dapat rasakan bahawa terdapat perasaan cemburu dalam kalanagan sahabatku kerana aku melebihkan adik-adikku.



Kehidupan,



Kenapa ku cintakan adik-adik angkatku denga sepenuh hati, bukan pada tahun yang sebelum-sebelumnya? Melihat wajah mereka menjadikanku terasa tenang, khasnya Mat Awi, Megat dan Amin..... Bagaimanakah mereka ketika ini..... Kerinduan ini sungguh tinggi untuk melihat mereka tetapi ketika mereka berada di depan mata mulut terkatup dan mata menjadi pembuka bicara malah hanya sempat senyum-senyum sahaja memandangkan mereka menyebabkan perasaan dalam diri ini menjadi tak keruan dan segan untuk menghadapi mereka kerana kedudukan mereka di hati ini... ALLAH aku berdoa semoga ENGKAU berikan rahmat yang lebih pada adik-adik angkatku. Tidak lupa juga selawat ke atas Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda serta ulama-ulama yang giat menegakkan agama islam. Amin. Wallahu A'lam.

Sunday, August 7, 2011

Rintihanku....Kehidupan



Kehidupan,


Kini aku sedang merindui adik-adikku, tatkala aku sedang mengukir bait-bait ini, tak ku sangka aku akan berperasaan begitu. Ku sedang mengorek semula memoir-memoirku ketika masaku bersama mereka, sememangnya banyak dan aku rindui saat itu. Perasaanku berkecamuk, lantaran terfikir mengenai masa hadapan mereka. Duhai kehidupan, apa yang sedang aku buat ini? Tergamaknya aku memikirkan mereka tanpa sempat aku berfikir mengenaiku. Di manakah aku pada diriku? Tidaklah aku sangka aku akan memnuhi kehidupanku dengan menyayangi mereka.



Kehidupan,


Ku melayakkan diriku untuk bertanya pada diriku sendiri. Adakah mereka menyayangi diriku? Ku cuba untuk bertanya soalan itu pada mereka. Tapi aku risau dengan pendirian mereka, pemikiran mereka yang sedang bercambah, tatkala aku usai menanyakan itu. Adakah mereka menyayangiku sebenar-benarnya? Kasih seorang adik kepada seorang abang? Wujudkah pada diri mereka?



Kehidupan,


Apakah yang mereka sedang berfikir mengenaiku? Adakah mereka meletakkan diriku ditempatnya sebagaimana aku menjunjung mereka dalam kehidupanku? Aku sanggup melakukan apa sahaja sesuai dengan kadar keupayaanku. Tak layak rasanya aku melakukan sesuatu yang melabihi keupayaanku sekiranya ALLAH sendiri menguji hamba-NYA sesuai dengan kadar kemampuan hamba-NYA....Kehidupan, bagaimana engkau dapat membantuku dalam merungkai persoalan ini?



Kehidupan,


Pena telah menjadi saksi. Tinta telah menjadi bukti. Aku sayang mereka melebihi segalanya yang ada di dunia ini, kecuali Nabi s.a.w. dan ibuku. Ku curahkan segalanya, dan hatiku percaya mereka masih tidak mengerti lagi pengorbananku. Mereka masih tidak mengerti penyampaianku. Mereka masih tidak tahu perasaanku yang telah terpendam sekian lama. Wajah mereka teguh menghias pemandanganku sehinggakan tiada pemandangan yang lebih indah selain itu. Malah, cahaya bulan purnama tidak dapat mengatasi keindahan mereka. SubhanaALLAH....

Saturday, August 6, 2011

Hari ini dan Seterusnya....



Hari ini saya buka balik blog yang ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Begitu enchanting dunia ini kepada yang melihat dengan mata hati mereka. Kehidupan telah bermula semula dan berakhir seperti biasa. Rindunya hati ini bila teringat pada mereka yang disayangi dengan sepenuhnya..... yuhibbullah Megat, Awi, Farhan, Ubaidillah, Rohaizad, Nik, dan semestinya Amin.



Hari semakin cepat berlalu.... but I'm in no hurry. For me we shouldn't rush for the worldly things. It would make us sick.... deep within and outside. Selepas selesai solat Terawih, solat rehat, saya teringat pada mereka..... Di mana mereka sekarang? Adakah mereka berjaya menunaikan solat mereka? Apa yang mereka sedang buat tatkala saya mengasingkan diri di sini. Kehidupan ini memang indah sekiranya melihat mereka, insan yangku sayangi sepenuh hati, mengharapkan mereka menjadi antara sibghah ALLAH, insyaALLAH....



Tetapi, saya tetap mengingatkan diri ini, perjuangan belum berakhir dan takkan berakhir selagi kita tidak dicabut nyawa. Wahai adik-adik angkatku.... abang akan sentiasa menunggu kedatanganmu dengan tangan yang terbuka.... Kehidupan abang dihiasi dengan permata-permata Islami yang abang pilih dengan tangan abang sendiri dari laut kehidupan ini....

Friday, August 5, 2011

Sekemudiannya....



Bismillahir rahmannir rahim. Semoga Allah merahmati adik-adik angkatku sekalian. Sebenarnya, abang telah melakukan banyak kesilapan dalam mendidik kamu semua. Abang terlampau mudah untuk mengikut mu walaupun kadang-kadang abang tahu itu adalah perbuatan yang salah. Abang risau kamu semua berjauhan dengan abang setelah abang menegur. Tidak semua orang mengambil teguran sebagai sesuatu yang positif. Abang tidak ingin kamu semua lalai dalam kehidupan ini. Ingatlah sahabat sangat penting dalam menjamin pergerakanmu di sekolah kerana kita lebih terpengaruh dengan kawan-kawan kita.



Susah untuk abang tidak menjauhi diri dari kamu semua kerana kamu semua telah mengambil hati abang..... Semoga ALLAH merahmati kamu semua kerana berkasih-kasih sesama sendiri. ALLAH berfirman dalam sebuah hadith qudsi bahawa ALLAH meletakkan seorang muslim yang mencintai saudaranya kerana ALLAH di atas mimbar dari cahaya sehingga semua para nabi dan wali berasa cemburu.



Abang harap kamu semua tidak berasa susah dan kurang senang dengan abang. Lihatlah apa yang dah jadi pada beberapa orang kawanmu.






Disamping itu abang nak ucap rasa syukur abang dengan beberapa orang adik abang... Antaranya:



1. Megat Aiman Amieny- adik abang yang paling banyak bersabar dengan kerenah abang semenjak beberapa bulan yang lalu.



2. Mat Awi - adik abang yang paling suka dengan hadith dan kata-kata nasihat.



3. Ubaidillah - adik abang yang banyak bersabar dengan kehidupan sebagai seorang junior dan sentiasa cuba untuk tidak menyusahkan abang.



4. Wan Ahmad Amin Noor - sekurang-kurangnya jujur dengan abang dalam banyak perkara. Sentiasa cuba membantu abang.



5. Muhammad Farhan - Banyak merawat hati abang. Walaupun kadang-kadang buat abang resah.



Selebihnya bersambung kemudian...

Tibanya Bulan Ramadhan...



Bismillahir rahmanir rahim.



Kembalinya diriku yang hina ini untuk menyambung adegan kehidupanku.



Bulan Ramadhan datang menjelma semula setelah setahun dinanti-nantikan. Tahun ini adalah tahun terakhir ku di sekolah ku.



Semestinya Bulan al- mubarak ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ibadah. Ibadah fardhu ditunaikan dengan penuh kesungguhan. Ibadah sunat ditunaikan dengan penuh semangat. Inikah yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai berkat ALLAH merantai syaitan? Wallahu a'lam.



Ingin saya perdengarkan sebuah hadith dari baginda Rasulullah S.A.W..



Daripada Saiyadatina Aisyah r.ah. Rasulullah S.A.W. bersabda " Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaanmu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang palin ALLAH sukai adalah amalan yang istiqamah (berterusan) meskipun sedikit."



Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dana Al-Imam Muslim)



Moga yang telahpun memulakan amalan sunat disamping fardhu mengambil iktibar dari hadith ini. Ini juga menjadi suatu nasihat buatku dalam membentuk keperibadianku sehari-hari.






Perbanyakkanlah amalanmu terutamanya bertadarus kerana pada bulan inilah Al-quran telah mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat. Saya yakin ramai mendengar seruan ini, betul tak?






Pada bulan ini juga saya telah memerhati adik-adik saya menjalani puasa ramadhan mereka di sekolah buat pertama kalinya untuk mereka. Kesabaran perlu ditingkatkan. Amalan sunnah Rasulullah S.A.W. juga jangan dilupakan sepanjang bulan yang mulia ini. Perlu diingatkan bahawa perbezaan puasa kita dengan puasa ahlul kitab adalah kita memulakan puasa dengan bersahur. Inilah pengajaran yang saya dapat sepanjang seminggu ini. Setahu saya, tiga daripada mereka tidak bersahur, iaitu Awi, Megat dan Ubaidillah. Tidaklah seminggu itu tetapi dalam kadar dua tiga hari.






" Ya ALLAH, tolong diperteguhkan hati kami dalam menjalani ibadah puasa Ya ALLAH"



Saya sentiasa mengingatkan diri ini bahawa kehidupan semakin singkat, dan kita adalah umat Rasulullah S.A.W. yang terakhir sekali. Kita tidak pernah melihat rasulullah s.a.w. maka iman kita tidaklah seteguh orang zaman dahulu, tambahan pula dengan pelbagai godaan disekitar kita. Tetapi kerana itulah kita dikurniakan ALLAH gandaan ganjaran sebagai balasan kita mempercayai Agama Islam adalah agama yang terakhir. Wallahu a'lam.






Saturday, July 23, 2011

Mulanya Proses Tarbiyah

Bismillahir rahmanir rahim. Alhamdulillah kerana ALLAH terus memberiku sebuah kehidupan yang diulit dengan keimana walaupun imanku hanyalah sebesar debu jika dibandingkan dengan iman para rasul, para anbiya', para sahabt, para tabi'en, para tabi' tabi'en, para ulama' yang sentiasa cuba menegakkan kalimah LAILAHAILALLAH. Salam dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Telah bermulanya proses tarbiyahku, dengan mengutus setiap seorang sepucuk surat kepada 7 orang pelajar tingkatan 1, dan menjadikan mereka sebagai adik angkatku sebagai langkah yang pertama.
Sememangnya saya dah faham apa erti mendidik dan mengajar. Proses tarbiyah ini sememangnya memerlukan banyak kesabaran dan ketaqwaan kepada ALLAH. Hampir-hampir tembok kesabaran yang dibina selama ini runtuh dek rintangan dan halangan yang terlalu banyak. Alhamdulillah, dengan kesedaran yang ada, terdapat sedikit kesabaran yang masih membantu saya untuk meneruskannya.

Berikut adalah adik-adik angkatku yang menjadi tempatku curahkan ilmu, menjadi tempatku mencurahkan kasih sayang dan tempatku mengamalkan segala yang telah diajar, insyaALLAH dan ku perlukan segala bantuan terutamanya Penciptaku, Rabbil 'alamin.
1. Megat Aiman Amieny bin Megat Zahiran
2. Mat Awi biin Che Deraman
3. Muhammad Farhan bin Muhammad Shaman
4. Wan Ahmad Amin Noor bin Wan Bustamam
5. Muhammad Ubaidillah bin Amran
6. Nik Ahmad Rusydan bin Nik Ideris
7 Mohamad Rohaizad bin Kamaruzzaman

Merekalah telaga pahalaku. InsyaALLAH.

Halaqah



Ertinya bulatan



Juga dikenali sebagai usrah, yang membawa maksud keluarga.



Kalimah ini lebih menusuk kerana menyebabkan pendengarnya merasai keakraban yang mendalam malah terasa lebih akrab dari hubungan keluarga.



Juga dikenali sebagai smartgroup, study circle dan sebagainya.



Ia merupakan ikatan hati-hati indiviidu muslim yang beriman kepada ALLAH dan berusaha tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam.



Contoh halaqah yang terbaik sepanjang zaman adalah halaqah rasulullah S.A.W. ketika di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.



Baginda berjaya membentuk halaqah yang telah mendidik hati para anggota menjadi manusia yang taat kepada ALLAH, berhubung langsung dengan Al-Quran, berqudwahkan Utusan ALLAH, beriltizam dengan akhlak Al-Quran, berfikir dan bertindak selari dengan petunjuk ALLAH, bermuzalamah dengan Al-Quran dan As-Sunnah Junjungan, ikhlas dalam beramal dan sebagainya.

Tips Membina Perpaduan:

Pertama:
Ungkapkan rasa cinta...
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud," Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmidzi)

Manusia yang Mendapat Ujian Yang Paling Berat

Sa'ad bin abi Waqqas r.a. katanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian yang paling berat?" Rasulullah SAW menjawab," Para nabi, dan yang menyamai (kualiti) para nabi, dan yang menyamai mereka. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya makin keras. Dan jika di dalam keagamaannya terdapat kelemahan, maka ia diuji sesuai engan kadar agamanya. Maka, cubaan tidak akan pernah meninggalkan hamba, sehingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sikitpun dosa."
(Riwyat Ibn Majah)

Hikmah Orang Yang Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Dalam sebuah hadith qudsi, ALLAH berfirman:"Siapakah orang yang saling mengasihi kerana-KU? Sesungguhnya mereka akan berdiri di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya sehinggakan para nabi, wali dan syuhada mencemburui kedudukan mereka."